Pandangan mata selalu menipu
Pandangan mata selalu bersalah
Eh tiba-tiba terkeluar pula rangkap nasyid dulu-dulu.
Bukan apa-apa. Cuma saya mahu cerita tentang mata saya yang sebelah kanan ini. Pagi ni mata saya sangat merah dan rasa tidak selesa. Macam ada selaput di sana sini.
Sejak seminggu yang lepas mata saya ni asik memerah. Sekejap berkurang. Sekejap banyak. Asalnya mahu pergi klinik hujung minggu yang lepas. Tapi hari Sabtu dan Ahad, elok pula mata ni. Siap boleh berjaga sampai lewat tonton TV. Sudah lah di rumah saya langsung tak pakai cermin mata. Ha ha ha.. Itu tabiat kurang baik.
Nanti lah kalau rasa macam susah nak baik saya pergi klinik. Perkara-perkara berkaitan mata ni kadang-kadang bila difikirkan boleh jadi takut. Ya lah. Mata ni satu nikmat kurniaan Allah yang tak ternilai.
Hmmm.. Lagipun kalau perkara macam ni berterusan, memang tak ada harapan untuk saya mencuba kanta lekap. Sob sob sob. Dan berkemungkinan sayalah satu-satunya pengantin perempuan yang berkaca mata di hari perkahwinannya.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
10 comments:
kak nida, saya pulak tak suka pakai contact lens. kalau kahwin nanti mungkin saya satu-satunya pengantin perempuan yang MEMILIH untuk pakai spek. :p hehehe
nida.. ko tak pernah pakai contact lense ek?
Kalau tak payah pakai contact lense karang, si jepp kena pimpin ko sepanjang majlis.. ahahaha.. romantik tau.. ahahah
takpe, yang penting dalam mata ada "mata". Dan "mata" itu adalah nikmat
HAIDA :
hik hik macam tu pulak ek..
DAUN :
Aku tak penah pakai contact lens babe
kalo nak jalan tu memang la boleh dipimpin.. tapi kalo tetamu senyum kat aku, tapi aku tak nampak nanti dituduh pengantin sombong pulak
CIKGU ZAM :
Syukur kan...
pastikan mata awak sembuh secepatnya ya!
kalau masa jadi pengantin, memang kena senyum sepanjang masa. so, jgn risau la kalau tak nampak org. hahaha.
pergi check kat doktor cepat2 k? jgn biar sampai melarat k?
get well soon. :-)
MYA :
mudah-mudahan... baru lah seronok kita nak pergi spa segala..
eh relevan kah?
AMYZ :
weh penat la kena senyum sentiasa.. nanti mesti ada terselit senyuman palsu kan?
ha ha ha
nida, bila aku tgk gambar balik, mana ada aku asyik nak senyum je, sbb penat. siap ada muka annoy lagik. hahaha. tak plastik betul aku nih. haha.
AMYZ :
Hah tau pun hang :p
kamu sungguh bermata banjar ok. he he.
.
Post a Comment