Waaahhh. Ada kejadian kebakaran rupa-rupanya. Saya pun cepat-cepat ambil kamera dan rakam gambar. Ha ha ha memang dasar blogger.

Penghuni bangunan sudah berpusu-pusu keluar. Sebuah kereta bomba dah sampai. Kat atas bumbung kelihatan seorang lelaki sedang mengibarkan kain putih. Saya syak dia terperangkap dan cuba meminta pertolongan. He he he (Kalau tak nampak sila klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Asap berkepul-kepul menyelubungi ruang. Ahli bomba sudah sampai di atas bumbung dan kelihatan sedang cuba mententeramkan mangsa.

Sebuah lagi jentera bomba yang ada lif sampai. Sedang dalam usaha menurunkan mangsa.
Itu saja kejadian yang saya tonton. Kemudian saya buat kerja. Dan bila tengok semula, asap dah tak ada. Dan untuk makluman, bangunan oren itu ialah Menara ING yang terletak di Jalan Raja Chulan.
9 comments:
wahhhhhh cik madu..leh jadi wartawan ni....
kelasss ouls..blogger tegar..
err...itu bukan lif cik wartawan ._<
PNUT :
Ha ha ha..
weh tatau ka cita-cita kami memang nak jadi wartawan..
Dulu la...
ASUHARA :
Haha.. Tatau la nak panggil apa benda tu. Kren ke??
Maafkan saya cik arkitek
agak agak, dia claim insuran dengan siapa ek? hahaha
depa saja nk claim insurans a kot.hahahahahahahahaa.depa insured sendiri.hahahahah.
kenapa la aku jg susah benar nk bukak blog kamu ni nida...
ini kebakaran dia atas bumbung, kah?
:)
wow..tingginya opis kamu... kalau aku dok kat bawah, puas nak mendongak bila bersembang ikut tingkap
RON97 :
Ha ha ha.. ntah
KIMI :
Boleh ka camtu
TASIK :
Awat la pulak yang susahnya.. aku bukak senang ja pun
KEMAT :
Tingkap komputer boleh ja sembang xyah dongak
wahhhh, tingginya tempat tinggal madulebah,,,,,hehe. Salam perkenalan
Post a Comment