Friday, November 25, 2011

..::UBAT HATI::..

Maya tulis tentang penyakit hati

Lalu saya terpanggil untuk berkongsi mengenai ubatnya pula.

Ubat hati ada 5 perkara:

1. Baca Al-Quran dan maknanya
2. Solat malam
3. Berkumpulan dengan orang Soleh
4. Berpuasa
5. Zikir malam

Oleh itu sama-samalah kita membersihkan hati daripada perkara tidak baik..

Thursday, November 24, 2011

..::SUBWAY::..

Ini cerita hari Jumaat minggu lepas. Plan asal mau lunch dengan Maya, tapi tak jadi sebab Maya kena ganti PA dekat pejabat Gabenor kot kalau tak salah. Lalu buat rancangan sendiri.

Pergi The Weld dengan Fatin & Effa. Budak 2 orang tu teringin nak makan Subway dan kebetulan, sebelum tu masa dalam tandas saya pun ada terfikir nak makan Subway. Jadi, ke Subwaylah kita. Moh tengok gambar.









Entry diakhiri dengan gambar 3 orang bersama 6 biji burger Subway. he he he

Tuesday, November 22, 2011

..::IBU SEGALA PINGAT::..

Berpisat-pisat mata bangun pagi tadi sebab tidur lambat tengok final bola sepak sukan SEA.

Puas hati Harimau Muda menang. Walaupun sesak-sesak nafas dan geram bila ada peluang menyumbat gol disia-siakan.

Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih. Semoga sukan bola sepak negara terus menyinar dan gemilang.

Friday, November 18, 2011

..::MENEROKA RASA::..

Muhammad dah 13 bulan. Dah ada gigi 4 batang. Petah bercakap dan baru nak belajar berdiri lepas tangan dan bertatih. Berat 8kg dan tinggi lebih kurang 74cm.

Sejak diperkenalkan dengan makanan pejal sewaktu umur 6 bulan, saya memang bekalkan bubur nasi untuk Muhammad makan di taska. Dulu-dulu saya buat stok untuk 2 hari. Tapi bila dah ada periuk yang sesuai, saya masak setiap hari. Sediakan bahan, sebelum tidur on periuk esok pagi dah siap. Bubur lebih segar dan isi dalam bekas panas.

Bila Muhammad dah ada gigi, saya bekalkan juga biskut dan roti. Lagipun nak mengelakkan 'kakak' di taska bagi Muhammad makan biskut merrie. Isk, saya sendiri pun rasa melekat tekak makan biskut merrie macam tu saja, ini kan pula bayi. Berkahak tekak akibatnya.

2 minggu kebelakangan ni Muhammad dah tak minat nak makan bubur nasi. Tak kira apa bahan sampingan yang saya tambah, dia tetap menolak. Ketap bibir geleng-geleng kepala sambil meronta-ronta bila cuba disuap. Suami belikan dan suruh bagi bijirin bayi. Dah beli saya ambil saja tapi baginya tidak. He he he.

Jadi, saya ambil keputusan cuba buatkan bubur oat untuk Muhammad. Campur sikit madu dan EBM kemudian tambah kismis atau buah-buahan segar. Muhammad nampak berselera dengan menu baru. Tapi untuk ke taska saya masih bekalkan bubur nasi. Sampailah beberapa hari kebelakangan ni 'kakak' taska bagitahu Muhammad makan sikit saja apa yang dibekalkan, selebihnya kawannya yang makan dan sukakan bubur tu.

Semalam saya buat eksperimen. Bekalkan Muhammad dengan makaroni dan bubur oat serta biskut. Sekurang-kurangnya jika dia menolak makaroni, oat dan biskut boleh jadi makanan sampingan.



Buah tomato untuk puri, karot, brokoli dan isi ikan tenggiri saya kukus dulu sebelum tumis bersama bawang menggunakan minyak zaitun. Tabur sikit dengan herba campuran. Saya guna isi ikan sebab Dermatologist nasihatkan supaya tangguh dulu pemberian ayam dan telur kepada Muhammad.



Oat yang dicampur ke dalam air rebusan ayam bersama labu, kentang dan sawi.



Biskut untuk digigit. Semua resipi saya ambil idea daripada blog yang saya jumpa kemudian ubah mengikut kesesuaian.

Dan ini makaroni versi orang dewasa yang ditambah chili flakes.



Harap Muhammad suka dengan menu baru ini.

**Edited

'Kakak' taska bagitahu Muhammad suka makan makaroni tu, jadi harini saya bekalkan spaghetti pula. Masih guna kaedah yang sama dengan makaroni, cuma saya gantikan ikan dengan daging kisar. Tak ada gambar sebab agak kelam-kabut bangun pukul 5.30pagi. Dapur gas pula satu tungku saja yang berfungsi. Versi yang saya bawa bekal ke pejabat pun dah habis masuk perut.

Jika difikirkan badan dan mata, memang tak larat nak bangun awal-awal jam 5.00pagi dan bersilat di dapur. Sebab dah masak untuk Muhammad, saya mesti masak sarapan untuk suami juga. Tapi bila dah buat rasa puas dapat sediakan makanan untuk mereka yang saya sayang.

Thursday, November 17, 2011

..::KITA KE TAMAN RAMA-RAMA::..

Destinasi pertama, kami ke Taman Rama-rama di Teluk Bahang. Memang kalau ikut pemahaman asas, namanya taman rama-rama, mesti ada rama-rama saja. Tapi sebenarnya anggapan itu tidak benar. Kita layan gambar ya.

Binatang lain yang kami jumpa di sana ialah kura-kura buaya. Binatang ni nampak sudah tua. Badan berlumut, gigi taring dan muka pun dah berkedut. He he he.



Selain kura-kura, ada juga periuk kera. Gambar pada papan tanda tu sangat comel bagi saya. Periuk kera ni salah satu daripada pokok yang ada bagi mengseimbangkan ekosistem di dalam taman tu.



Binatang dan serangga lain pun banyak juga. Yang kecil yang besar semua ada. Tapi saya ambil gambar yang besar-besar saja.


::gonggok besar-sumpah-sumpah hijau yang besar-dan cicak besar::


Dah kata pergi Taman Rama-rama, wajib ada gambarnya kan. Selain bunga-bungaan, rama-rama di sini diberi makan betik, nanas dan pisang.



Ada orang geli dengan rama-rama yang berterbangan, tapi rama-rama tetap suka dengan dia. 2-3 kali hinggap bertenggek atas topi.



Ada orang yang gembira dalam menahan senak perut.



Dan ada budak yang tidur dengan begitu nyenyak. Tujuan asal pergi taman begini sebab nak perkenalkan Muhammad dengan hidupan alam, tidur pula dia. Nampak gayanya kena pergi lain kali. Hik hik hik.



Selain taman ada ruang pameran dan ada juga ruang tayangan. Di situ dipamerkan beratus-ratus spesis rama-rama dari serata dunia. Dan juga terdapat kumbang yang kelihatan seperti wajah manusia.



Sebelum balik kita bergambar dulu di hadapan papan tanda ;)




Ya, saya pakai baju mengandung walaupun belum mengandung lagi. He he he

OK. Ini saja cerita percutian singkat ke Penang. Sebenarnya lepas ke Taman Rama-rama kami ke Toy Museum, tapi tak ada banyak gambar sebab camera kaput yang kalau gambar indoor cahaya kurang, hasilnya tak berapa comel. Dan kami rasa toy museum tu tak menarik pun bak kata indah khabar daripada rupa.

Cadangan nak naik Bukit Bendera belum kesampaian sebab kekangaan masa dan cuaca yang kurang mengizinkan. Cari farmasi untuk beli ubat CB saya, cari tempat nak isi perut kemudian kami terus balik. Cuaca hujan dan jalan raya pun mula sesak dengan orang yang nak balik kerja.

Alhamdulillah dapatlah ke Pulau Pinang selepas entah berapa tahun saya tak jejak ke sana. InsyaAllah akan datang kami bercadang nak ke sana lagi, khusus untuk naik Bukit Bendera saja dan juga nak jumpa kawan-kawan yang tak berkesempatan untuk bertemu tempohari.

Keseluruhannya saya suka Penang sebab melaksanakan kempen tanpa plastik setiap hari ;)

..::DARI KOLAM KE PANTAI::..

Hari kedua di Pulau Pinang. Perasaan berbaur sebab senak perut.

Lepas Subuh bersiap-siap pergi sarapan. Pilihan makanan ada kepelbagaian. Banyak juga seksyen. Boleh tahan juga lah sebab ramai pelancong. Cuma suami kurang puas hati dengan roti canai yang dihidangkan. Guna roti canai segera tak ada masalah tapi kena la lembut gebu, bukannya liat sampai awak sendiri pun belum tentu sanggup nak makan. Macam asal ada saja konsepnya.

Tak ada gambar sebab makan sambil bersilat. Tengah-tengah makan, Muhammad muntah. Lepas tu mula tak nak duduk = nak menyusu baring. Huks. Perut saya pulak dah mula meragam walaupun saya jamah serba sedikit saja makanan. Balik bilik selesaikan apa yang patut dulu dan bagi Muhammad tidur.

Dah segar bugar semua, kami turun kolam. Lebih kepada nak gembirakan anak bujang ni. Bila keluarkan dari kolam, meronta-ronta dia nak terjun. Isk.


::Gaya mesti ada::


Tak boleh biar lama sangat Muhammad dalam kolam, kami pindah ke kolam jakuzi. Mama dengan ayah terjun sama. Tapi kemudian kami berdua kena halau dari dalam kolam sebab berpakaian tidak mengikut etika yang ditetapkan (oleh mereka). Huks.

Kami keluar kolam dan pergi pantai pulak. Tapi tak boleh nak bagi Muhammad main pasir sebab nampak banyak sangat anjing tengah baring-baring berehat tepi pantai. Huks huks lagi.

Keringkan badan sikit, balik bilik dan bersiap-siap untuk keluar. Jom kita ronda Penang.

..::JALAN-JALAN CARI PASAL::..

Masa cuti Deepavali yang lepas saya balik kampung. Ambil cuti hari Isnin dan Selasa dapatlah 5 hari cuti termasuk Sabtu dan Ahad. Kesempatan yang ada kami buat keputusan untuk jalan-jalan ke Pulau Pinang. Walaupun perjalanan 1 jam saja dari kampung saya, tapi nak perginya tu memang kena rancang betul-betul.

Bertolak dari kampung hari Isnin kira-kira jam 12.00 tengahari. Sampai Georgetown betul-betul waktu puncak dan perut pun dah lapar juga. Memandangkan ada masalah talian untuk muat turun peta, kami ambil keputusan untuk singgah dulu di bandar sebelum cari jalan ke Batu Ferringhi. Dan bangunan pertama yang kami nampak ialah 1st Avenue, pusat membeli belah terbaru di Penang.

Dari 1st Avenue kami menyeberang jambatan ke Prangin Mall. Singgah beli Cool Blog dan tanyakan tentang tempat makan. Jurujual cadangkan sebuah restoran melayu dan katanya sedap. Ok, kami cuba. Tak ada gambar sebab dah lapar. He he

Saya kata jalan-jalan cari pasal sebab tak lama lepas makan, saya dan suami tiba-tiba rasa tak sedap perut dan tak menahan nak buang. Mujurlah tandas di 1st Avenue bersih dan selesa. Dapatlah menyelesaikan tuntutan dengan tenang. Lepas tu singgah Carrefour untuk beli sedikit bekalan makanan.

Satu perkara yang menarik perhatian saya di Pulau Pinang ialah kempen go green yang dijalankan setiap hari.

Ok tiba-tiba saya rasa dah banyak sangat tulis. Kita tengok gambar sajalah. He he.


::Bilik di Bayview Beach Resort Batu Ferringhi::



::kolam penuh, bathtub pun jadilah::


Lepas Asar hujan turun sangat lebat. Pukul 8.00 lebih baru reda sikit. Turun cari makan depan hotel. Cadangan asal nak jalan-jalan pasar malam sepanjang jalan Ferringhi tu tapi perut saya buat hal lagi. Muhammad pula dah mula buat ragam nak menyusu baring. Maka berkejaran balik hotel.

Tidur dengan harapan esok pagi perut akan baik huk huk :(

Wednesday, November 16, 2011

..::PROJEK TAK BERAPA JADI::..

Semenjak dua menjak anak semakin membesar, sedikit sebanyak saya dah dapat semula rentak untuk buat projek masak-masak. Tak la projek besar pun, cukup la untuk buat apa yang terasa nak makan atau untuk habiskan benda di dapur sebelum tarikh luput. Itu pun kena pastikan Muhammad kenyang dan cukup tidur. Bagi penapis, acuan roti jala dan besen, cukup untuk dibuat main tanpa hiraukan saya. Selain tu saya banyak buat eksperimen masak-masak untuk makanan Muhammad.

Baru-baru ni saya buat agar-agar roti. Baki kulit roti yang saya dah tekap bentuk bear & bakar untuk bekal Muhammad ke taska. Dan saya ubah sedikit resipi tanpa menggunakan telur sebab nak bagi Muhammad makan.

Sebenarnya ini percubaan kedua untuk buat agar-agar roti bercorak pelangi. Sebelum ni saya buat plain saja. Pertama kali cuba di kampung sewaktu balik cuti Deepavali. Corak tak menjadi sebab adunan tercair dan ada kesilapan teknikal sewaktu tuang agar-agar.


::Ini kakak saya yang buat::


Dan percubaan kedua saya pun tak menjadi coraknya. Walaupun dah ikut teknik yang dinyatakan. Mungkin kena tengok demo baru boleh kot.


::walaupun corak saya tak jadi tapi rasa saya sedap ;)::


Ok. Jangan putus asa. Cuba lagi di kesempatan yang lain.

..::PUFF KOBOI::..

Ok tajuk sangat jelas.

Baru-baru ni nampak Kak Pnut post pasal puff koboi dekat facebook. Terus berkobar-kobar nak cuba buat. Dulu-dulu memang Kak Pnut pernah post kat blog. Tapi masa tu tengok sambil lalu saja.

Nak tahu koboi tak koboi, tengok-tengok dah siap. He he he. Bahan-bahan mudah saja iaitu Roti Prata kosong jenama Kawan dan sosej.


::Bekal puff koboi di pagi Isnin::


Gambar langkah demi langkah masa buat tak ada sebab buat secara pantas pukul 9.30malam bila Muhammad dah pengsan sebab siang tak mahu tidur. Saya bakar dulu separuh, dan keesokan pagi sambil siapkan beg dan bekal Muhammad untuk ke taska, saya bakar lagi sampai garing.

Resipi dan cara-cara yang sebenar boleh rujuk di sini.

Percubaan pertama buat 10 ketul ja sebab guna baki sosej yang ada. Lepas ni harus saya buat banyak dan frozenkan. Memang sangat praktikal. Terima kasih Kak Pnut *wink*wink*

..::GUNA JARI PUN BOLEH::..

Saya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Dan selalu berdoa agar Allah beri rezeki untuk saya menyusukan Muhammad sehingga umur 2 tahun. Selain daripada itu untuk mengekalkan bekalan, saya mengepam susu menggunakan mesin setiap 3 jam sewaktu berada di pejabat.

Nak dijadikan cerita, satu hari mesin tak berfungsi. Tak ada sedutan langsung. Gelabah. Telefon kawan yang mengepam juga untuk tanya kalau-kalau boleh pinjam mesinnya. Tapi dia dah bawa balik pam sebab dah tak mengepam kerana mengandung.

Tak ada pilihan lain, terus saya google dan cari panduan untuk hand expression. Memang masa mula-mula guna pam dulu, mak saya ada cakap orang dulu-dulu pakai tangan pun dapat penuh cawan. Hiks. Dulu lain sekarang lain. Dan pertama kali cuba agak berjejehan dan sememeh juga. Demi anak saya kuatkan juga semangat dan yakin akan hasilnya.

Bak kata orang, practice make progress kan. Dapatlah hasilnya yang cukup untuk Muhammad sekali minum.



Walaupun tak dapat penuh botol macam gambar yang selalu saya nampak dalam page KIM, saya tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya pada masa akan datang jika mesin buat hal lagi, saya tak perlu begitu gelabah. Lagipun sekarang Muhammad kuat menggigit kadang-kadang sampai berdarah. Nak guna pam bertambah sakit jadi guna jari pun boleh ;)

Friday, November 11, 2011

..::PENGARUH OTAK BERTINDAK GANAS::..

KUALA LUMPUR: Bermain permainan video sama ada komputer atau konsol terutama berbentuk pembunuhan secara keterlaluan boleh mempengaruhi otak bawah sedar untuk bertindak ganas.

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, berkata ketika ini hampir kebanyakan permainan video mempromosikan keganasan dengan pemain perlu membunuh untuk meneruskan misi ke tahap selanjutnya.

“Apabila berlaku ketagihan, ia boleh mempengaruhi otak bertindak ganas, malah saya mengendalikan satu kes, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menyerang ibunya dengan pisau kerana wanita itu menghalang dia bermain permainan video di kafe siber.

“Permainan video boleh membuatkan seseorang teruja dan ketagih. Tanpa kawalan ia boleh mempengaruhi tingkah laku sehingga melakukan perbuatan melampau ke atas anggota keluarga,” katanya yang dihubungi, semalam.


Baca seterusnya di sini

Sama-sama kita renungkan...

Thursday, November 10, 2011

..::CAMPUR-CAMPUR::..

Mari kita kemaskini blog. Katanya dah semangat baru kan. Mesti kena rajin. Ha ha ha. Jadi kita cerita campur-campur.

Hari Raya Qurban
Tahun ni saya beraya di Seremban. Lepas Zohor terus ke Melaka. Buat Qurban dan kenduri kat sana. Saya tak joint sangat persediaan sebab sejak akhir-akhir ni Muhammad tak berapa nak dengan orang lain kecuali mama dan ayah. Kenduri pulak waktu malam, ragam nak tidur menjadi-jadi sebab siangnya Muhammad tahan tak nak tidur. Huks.

Tadi telefon kakak kat kampung. Meriahnya dengar cerita, sebab tahun ni rasanya macam pertama kali pulak 9 daripada 10 orang adik beradik balik. Saya je lah yang beraya di perantauan. Anak buah cakap ok je lah sebab saya baru je balik (masa Deepavali) haritu. He he he. Bila ramai-ramai macam tu tentu la mak orang paling seronok kan.

Kerja
Sekarang ni agak sibuk sebab boss nak pergi kursus sebulan. Kena sabar layan karenah orang lama ni bila kena berurusan dengan ujian online dan lain-lain perkara yang kena buat dalam talian. Dah la suka tanya soalan-soalan yang tak boleh dijawab oleh saya. Bila sistem down kita pulak yang dipot-petkannya. Haaaiihh.

Perpindahan
Berita terbaru, pejabat confirm akan berpindah ke Putrajaya. Bahagian/Jabatan lain yang menyewa semua dah mula pindah secara berperingkat. Haritu ada telefon JPA tanya pasal pertukaran. Katanya kena tunggu betul-betul dah pindah ke Putrajaya, baru boleh proses permohonan saya sebab baru senang nak letak pengganti. Ok sabar je lah.

Muhammad
Budak setahun ni dah ada gigi 4 batang. Haritu tumbuh satu-satu. Hiks lucu pun ada sebab selalunya tengok budak tumbuh gigi serentak 2 batang. Dalam dok lucu tu nanges pun ada jugak sebab sangat kuat menggigit bila menyusu. Tak cukup gigit susu, bahu, paha, perut semua dia gigit. Barang mainan usah cakap lah. Ada satu hari dia gigit getah ABC tu sampai terkoyak sikit. Bila suruh luah atau cuba nak korek dia marah dan gigit jari kita pula. Lepas tu menangis nak menyusu. Jawapannya awak telan je la getah tu kan. Ha ha.


..::hai, jom la mandi kolam dengan saya::..


Ok cukuplah dulu. Nanti esok-esok saya sambung lagi. Nak kongsi cerita pergi Penang. He he