Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

..::KITA KE TAMAN RAMA-RAMA::..

Destinasi pertama, kami ke Taman Rama-rama di Teluk Bahang. Memang kalau ikut pemahaman asas, namanya taman rama-rama, mesti ada rama-rama saja. Tapi sebenarnya anggapan itu tidak benar. Kita layan gambar ya.

Binatang lain yang kami jumpa di sana ialah kura-kura buaya. Binatang ni nampak sudah tua. Badan berlumut, gigi taring dan muka pun dah berkedut. He he he.



Selain kura-kura, ada juga periuk kera. Gambar pada papan tanda tu sangat comel bagi saya. Periuk kera ni salah satu daripada pokok yang ada bagi mengseimbangkan ekosistem di dalam taman tu.



Binatang dan serangga lain pun banyak juga. Yang kecil yang besar semua ada. Tapi saya ambil gambar yang besar-besar saja.


::gonggok besar-sumpah-sumpah hijau yang besar-dan cicak besar::


Dah kata pergi Taman Rama-rama, wajib ada gambarnya kan. Selain bunga-bungaan, rama-rama di sini diberi makan betik, nanas dan pisang.



Ada orang geli dengan rama-rama yang berterbangan, tapi rama-rama tetap suka dengan dia. 2-3 kali hinggap bertenggek atas topi.



Ada orang yang gembira dalam menahan senak perut.



Dan ada budak yang tidur dengan begitu nyenyak. Tujuan asal pergi taman begini sebab nak perkenalkan Muhammad dengan hidupan alam, tidur pula dia. Nampak gayanya kena pergi lain kali. Hik hik hik.



Selain taman ada ruang pameran dan ada juga ruang tayangan. Di situ dipamerkan beratus-ratus spesis rama-rama dari serata dunia. Dan juga terdapat kumbang yang kelihatan seperti wajah manusia.



Sebelum balik kita bergambar dulu di hadapan papan tanda ;)




Ya, saya pakai baju mengandung walaupun belum mengandung lagi. He he he

OK. Ini saja cerita percutian singkat ke Penang. Sebenarnya lepas ke Taman Rama-rama kami ke Toy Museum, tapi tak ada banyak gambar sebab camera kaput yang kalau gambar indoor cahaya kurang, hasilnya tak berapa comel. Dan kami rasa toy museum tu tak menarik pun bak kata indah khabar daripada rupa.

Cadangan nak naik Bukit Bendera belum kesampaian sebab kekangaan masa dan cuaca yang kurang mengizinkan. Cari farmasi untuk beli ubat CB saya, cari tempat nak isi perut kemudian kami terus balik. Cuaca hujan dan jalan raya pun mula sesak dengan orang yang nak balik kerja.

Alhamdulillah dapatlah ke Pulau Pinang selepas entah berapa tahun saya tak jejak ke sana. InsyaAllah akan datang kami bercadang nak ke sana lagi, khusus untuk naik Bukit Bendera saja dan juga nak jumpa kawan-kawan yang tak berkesempatan untuk bertemu tempohari.

Keseluruhannya saya suka Penang sebab melaksanakan kempen tanpa plastik setiap hari ;)

..::DARI KOLAM KE PANTAI::..

Hari kedua di Pulau Pinang. Perasaan berbaur sebab senak perut.

Lepas Subuh bersiap-siap pergi sarapan. Pilihan makanan ada kepelbagaian. Banyak juga seksyen. Boleh tahan juga lah sebab ramai pelancong. Cuma suami kurang puas hati dengan roti canai yang dihidangkan. Guna roti canai segera tak ada masalah tapi kena la lembut gebu, bukannya liat sampai awak sendiri pun belum tentu sanggup nak makan. Macam asal ada saja konsepnya.

Tak ada gambar sebab makan sambil bersilat. Tengah-tengah makan, Muhammad muntah. Lepas tu mula tak nak duduk = nak menyusu baring. Huks. Perut saya pulak dah mula meragam walaupun saya jamah serba sedikit saja makanan. Balik bilik selesaikan apa yang patut dulu dan bagi Muhammad tidur.

Dah segar bugar semua, kami turun kolam. Lebih kepada nak gembirakan anak bujang ni. Bila keluarkan dari kolam, meronta-ronta dia nak terjun. Isk.


::Gaya mesti ada::


Tak boleh biar lama sangat Muhammad dalam kolam, kami pindah ke kolam jakuzi. Mama dengan ayah terjun sama. Tapi kemudian kami berdua kena halau dari dalam kolam sebab berpakaian tidak mengikut etika yang ditetapkan (oleh mereka). Huks.

Kami keluar kolam dan pergi pantai pulak. Tapi tak boleh nak bagi Muhammad main pasir sebab nampak banyak sangat anjing tengah baring-baring berehat tepi pantai. Huks huks lagi.

Keringkan badan sikit, balik bilik dan bersiap-siap untuk keluar. Jom kita ronda Penang.

..::JALAN-JALAN CARI PASAL::..

Masa cuti Deepavali yang lepas saya balik kampung. Ambil cuti hari Isnin dan Selasa dapatlah 5 hari cuti termasuk Sabtu dan Ahad. Kesempatan yang ada kami buat keputusan untuk jalan-jalan ke Pulau Pinang. Walaupun perjalanan 1 jam saja dari kampung saya, tapi nak perginya tu memang kena rancang betul-betul.

Bertolak dari kampung hari Isnin kira-kira jam 12.00 tengahari. Sampai Georgetown betul-betul waktu puncak dan perut pun dah lapar juga. Memandangkan ada masalah talian untuk muat turun peta, kami ambil keputusan untuk singgah dulu di bandar sebelum cari jalan ke Batu Ferringhi. Dan bangunan pertama yang kami nampak ialah 1st Avenue, pusat membeli belah terbaru di Penang.

Dari 1st Avenue kami menyeberang jambatan ke Prangin Mall. Singgah beli Cool Blog dan tanyakan tentang tempat makan. Jurujual cadangkan sebuah restoran melayu dan katanya sedap. Ok, kami cuba. Tak ada gambar sebab dah lapar. He he

Saya kata jalan-jalan cari pasal sebab tak lama lepas makan, saya dan suami tiba-tiba rasa tak sedap perut dan tak menahan nak buang. Mujurlah tandas di 1st Avenue bersih dan selesa. Dapatlah menyelesaikan tuntutan dengan tenang. Lepas tu singgah Carrefour untuk beli sedikit bekalan makanan.

Satu perkara yang menarik perhatian saya di Pulau Pinang ialah kempen go green yang dijalankan setiap hari.

Ok tiba-tiba saya rasa dah banyak sangat tulis. Kita tengok gambar sajalah. He he.


::Bilik di Bayview Beach Resort Batu Ferringhi::



::kolam penuh, bathtub pun jadilah::


Lepas Asar hujan turun sangat lebat. Pukul 8.00 lebih baru reda sikit. Turun cari makan depan hotel. Cadangan asal nak jalan-jalan pasar malam sepanjang jalan Ferringhi tu tapi perut saya buat hal lagi. Muhammad pula dah mula buat ragam nak menyusu baring. Maka berkejaran balik hotel.

Tidur dengan harapan esok pagi perut akan baik huk huk :(