Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Friday, June 15, 2012

..::MELAYAN KEHENDAK TEKAK::..

Duduk di rantau orang ni, lama-lama teringat dengan makanan di Malaysia. Saya tak tahu macam mana perasaan orang yang dah lama duduk di luar negara. Mungkin alah bisa tegal biasa. Tapi saya, menjelang bulan ke tiga ni mula teringat itu ini.

Teringat burger depan UiTM Puncak Perdana tu, teringat roti canai Batu 5, roti canai Kampung Melayu Subang, KFC Malaysia, Nando's dan macam-macam lagi. Dan lagi mencabar diri bila asyik layan rancangan masak-masak di TV. Erm sebab itu je rancangan yang seronok dan sesuai ditonton bersama anak, selain daripada layan Upin Ipin.

Baru-baru ni tiba-tiba saya teringat Lontong Klang. Gara-gara baca blog Maya yang pergi makan mee ketam di Seksyen 7. Memang tak ada kaitan pun di antara lontong dengan mee ketam. Tapi memandangkan lokasi kedua-dua restoran tu berdekatan, buat hati teringat-ingat.

Jadi, saya buat cuba masak sendiri kuah lodeh. Saya tak pernah buat sendiri pun walaupun mertua saya selalu buat. Kalau ada dulu zaman belajar tahun 1999 masak dengan kawan-kawan di rumah sewa masa tak balik Raya Haji. Saya google resipi dan pilih resipi dari dapur Mat Gebu. Bahan mudah dan tak renyah.



Ini hasilnya. Saya hidang dengan kuah kacang. Walaupun tak berapa cukup sifat, Alhamdulillah menjadi. Suami makan tak bunyi apa. Muhammad pun nampak suka bila makan bertambah. Tapi kalau ada tempe, tauhu, sengkuang dan sambal sotong memang lagi terangkat. Kot.

Saya kata kot sebab sebenarnya sehingga ke hari ni, masuk hari ke 2 saya tak rasa pun lagi lontong tu. Entahlah.

Monday, June 04, 2012

..::LEPAK-LEPAK HUJUNG MINGGU::..

Hari ni Thailand cuti sempena hari Wesak. Setakat ni tak ada plan ke mana-mana pun. Semalam pun seharian di rumah saja. Asalnya memang nak keluar, tapi Muhammad pula tidur lepas dah siap pakai 'baju jalan'. Timing lari, kemudian hujan dah liat jadinya.

Hari Sabtu kami pergi OTOP Tourism and Food Fair di Rajamangkla National Stadium, Ramkhamhaeng. OTOP tu kira macam program Satu Daerah Satu Produk di Malaysia. Mungkin kali ni kawasan yang di pilih ialah Selatan Thailand. Produk semua datang dari Narathiwat. Pakej pelancongan yang ditawarkan pun ke Yala, Narathiwat dan Patani. Hiks. Suami kata tak payah lah pergi. Bahaya. Kan kawasan bergolak tu. Yang seronok ke sini, gerai jualan makanan, semuanya halal. Dan kebanyakan penjual semua pandai cakap Kelantan. Kami borong makanan saja. Nanti saya cerita dalam entry lainlah. Gambar belum transfer. He he..

Ok lah. Entry mencukupkan syarat update. Sebelum tu, jomlah jamu mata dengan aktiviti masak-masak tak seberapa saya sementara jadi suri rumah ni.

..::Kuih yang tak pernah jemu dimakan. Buat banyak dan simpan beku. Ini versi kentang. Kali kedua buat versi sardin. Nyum nyum::..


..::karamel popcorn buat kudap-kudapan petang hujung minggu sambil tengok TV. Muhammad pun suka, ayah Muhammad apatah lagi::..


..::Cantik je kan pancake ni. Saya syak kuali pun memainkan peranan juga. Kat sini tuan rumah sediakan Tefal. Di Shah Alam saya guna cap Idaman Suri saja::..



..::Pizza mee segera yang tak berapa nak garing. Maklumlah saya pakai loyang aluminium yang rupa-rupanya kurang sesuai dengan microwave. Kena guna pyrexlah gini ha ha ha::..


Pagi ni saya masak nasi lemak, sambal ikan bilis, telur mata kerbau dan ulam timun.

Ok itu saja. Selamat bercuti kepada yang masih bercuti. Cuti sekolah, cuti hari Gawai, Tadau Kaamatan dan macam-macam cuti lagi.





Saturday, May 19, 2012

..::NASI MINYAK::..

Selalunya hari Sabtu kami akan keluar pergi bandar. Dan bila dah pergi bandar setiap minggu juga kami akan makan tengahari di Yana Restaurant, MBK Centre. Ok, lepas ni saya cerita pasal Yana Restaurant. Tapi hari ni duduk rumah saja sebab ada perhimpunan kumpulan baju merah.

Oleh sebab tu, hari ni saya masak la istimewa sikit. Sikit je lah istimewanya. Sebab sekarang ni sehari 3 - 4 kali saya masak, dah jadi rutin. Menu hari ni, suami request nasi minyak dengan sambal ayam.

..::Nasi minyak hujan panas::..


..::Sambal ayam::..


..::Sayur campur sekadar mencukupkan syarat ahaks::..


..::Buah-buahan::..


..::air kelapa muda::..


Perancangan asal nak goreng papadom, tapi terlupa dan tak sempat sebab dah lapar.

Dan, manalah tak berisi badan sebab lepas makan semua pergi tidur. Eh kecuali saya sebab saya nak update blog. He he











Sunday, April 29, 2012

..::KEK LOBAK MERAH::..

Saya teringin makan kek lobak merah. Kalau dulu bila teringin beli saja di Secret Recipe. Tapi sekarang, apa yang teringin semua kena buat sendiri. Itu pun kalau bahan yang diperlukan ada.

Saya cari resipi di internet. Sebenarnya saya jangkakan nak buatnya susah dan renyah sebab macam ada banyak bahan dalam tu. Rupa-rupanya sangkaan saya salah.

Maka bermulalah eksperimen yang pada peringkat awal hampir terkubur bila baca manual untuk microwave oven, tak ada function untuk baking pun.

Dan, ini lah hasilnya. Dalam masa 30 minit boleh siap semua. Saya gunakan function microwave + grill dan setting untuk masak pie.


Untuk percubaan kali pertama, dengan beberapa sesi iklan susu ibu, saya boleh katakan ia berjaya. Cuma nanti kena kurangkan masa membakar sebab saiz loyang kecil saja. Dan juri saya kata nanti dia nak cream cheese tu di tengah-tengah macam sandwich. Baiklah.

Jadi, tak ada alasan lagi.



Thursday, January 19, 2012

..::SANA SINI POPCORN::..

Sejak popcorn Garret dibuka di Malaysia, memang ramai yang serbu dan tak lepaskan peluang untuk merasa popcorn yang dikatakan sangat sedap tu. Saya dan suami pun begitu juga. Kebetulan pergi KLCC, kami tumpanglah beratur sama.

Ok memang tak dinafikan memang sedap dan harganya pun boleh tahan bikin pengsan. Apa tidaknya, ada orang tu beli popcorn Garret, tapi tak scan betul-betul senarai harga. Bila nak bayar kena RM36.00 untuk popcorn bersaiz M, tak ke terkejut besar. Tapi sebab bukan saya yang beli, jadi saya selamba saja lah he he he.

Sejak kejadian tu, suami tertanya-tanya dan fikir yang popcorn ni mesti boleh dibuat sendiri di rumah. Tambahan pula bila tengok makcik jual popcorn panas-panas di pasar malam Saujana Utama.

Demi memenuhi keinginan suami tu, saya pun tunjukkanlah kemahiran saya yang tak berapa nak mahir ni. Senang saja pun. Internet kan ada. Maka terhasillah popcorn ikut selera tekak sendiri.


Popcorn caramel batch kedua yang berwarna hijau


Popcorn batch pertama tak sempat nak ambil gambar. Saya buat jenis caramel + pecan nuts. Habis sekali hadap je. Tapi disebabkan esok harinya suami bangun tidur dengan kaki tercengkot-cengkot, saya pasti pecan nuts tu dah trigger gout suami. Jadi kali kedua saya buat tanpa kacang. Alhamdulillah selamat semuanya. Muhammad pun boleh makan sikit-sikit yang tawar.

Jadi, lepas ni memang saya akan buat sendiri saja popcorn sebab boleh kawal tahap kemanisannya mengikut kehendak. Dan sangat mudah dengan bahan-bahan yang memang bahan biasa yang sentiasa ada dalam dapur. 1/4 cawan jagung, boleh dapat penuh 1 tupperware bersamaan 1 beg popcorn Garret bersaiz L. Cuma sekali sekala mungkin nak juga makan Garret, apa salahnya hiks. Tapi kena pastikan buat pilihan yang betul. Semuanya di tangan anda ;)

Babai.. sampai jumpa lagi.

Friday, December 09, 2011

..::PROJEK PANTAS::..

Tangguh dulu cerita hari keluarga dan Muhammad di wad hospital sebab nak pilih gambar dan buat sedikit suntingan.

Petang semalam Muhammad ada temujanji susulan dengan Paed di DEMC. Kalau dulu jumpa Dr. Ahmad, kali ni kami jumpa Dr. Roliza. Doktor yang sangat cantik, lemah lembut dan memang sesuai jadi pakar kanak-kanak. He he he.

Balik dari Hospital, Muhammad yang menyusu dalam kereta terus tertidur. Sampai rumah lepas letak atas tilam pun masih tidur lagi. Sebenarnya semenjak keluar dari hospital, Muhammad tidur dengan lebih nyenyak. Sepanjang seminggu ni memang dia masih tidur bila saya keluar pergi kerja.

Dengan kesempatan yang ada, saya terus ke dapur untuk buat perkara yang dah lama nak buat tapi tak terbuat-buat walaupun ianya mudah. Bukan la nak masak hebat-hebat sebab saya cuma nak buat mashed potato & 'puff koboi' saja.

Saya guna resipi dari Marliza Radzi dan ubah sedikit mengikut citarasa sendiri. Instead of merebus, saya kukus kentang tu. Hiris kentang dengan ketebalan lebih kurang 1/2cm.



Disebabkan mahu texture kentang kasar sedikit, saya sekadar lenyekkan dengan sudu dan garfu saja. Memang sedap walaupun agak tasteless sebab tujuan utama nak bagi Muhammad makan. Untuk orang dewasa boleh tambah sikit lagi lada hitam dan garam.

Sambil kukus kentang, saya panaskan oven. Dan sambil tu saya buat pula 'puff koboi' resipi Kak Pnut. Ini pun saya dah adjust sikit. Sebab guna sosej koktail, roti prata saya potongkan menjadi 6 kepingan kecil berbanding 4 sahaja.



Sebenarnya bau harum kek atau roti atau biskut yang dibakar sangat menenangkan jiwa. Puff saya buat banyak dan simpan beku. Boleh guna untuk kudap-kudap di masa senggang tak ada benda nak makan. He he he.

Dan, alhamdulillah Muhammad tidur dengan nyenyak sekali dari jam 5.00petang - 8.00malam. Kebetulan cuaca hujan dan sejuk.


Tidur nyenyak macam orang dewasa

Friday, November 18, 2011

..::MENEROKA RASA::..

Muhammad dah 13 bulan. Dah ada gigi 4 batang. Petah bercakap dan baru nak belajar berdiri lepas tangan dan bertatih. Berat 8kg dan tinggi lebih kurang 74cm.

Sejak diperkenalkan dengan makanan pejal sewaktu umur 6 bulan, saya memang bekalkan bubur nasi untuk Muhammad makan di taska. Dulu-dulu saya buat stok untuk 2 hari. Tapi bila dah ada periuk yang sesuai, saya masak setiap hari. Sediakan bahan, sebelum tidur on periuk esok pagi dah siap. Bubur lebih segar dan isi dalam bekas panas.

Bila Muhammad dah ada gigi, saya bekalkan juga biskut dan roti. Lagipun nak mengelakkan 'kakak' di taska bagi Muhammad makan biskut merrie. Isk, saya sendiri pun rasa melekat tekak makan biskut merrie macam tu saja, ini kan pula bayi. Berkahak tekak akibatnya.

2 minggu kebelakangan ni Muhammad dah tak minat nak makan bubur nasi. Tak kira apa bahan sampingan yang saya tambah, dia tetap menolak. Ketap bibir geleng-geleng kepala sambil meronta-ronta bila cuba disuap. Suami belikan dan suruh bagi bijirin bayi. Dah beli saya ambil saja tapi baginya tidak. He he he.

Jadi, saya ambil keputusan cuba buatkan bubur oat untuk Muhammad. Campur sikit madu dan EBM kemudian tambah kismis atau buah-buahan segar. Muhammad nampak berselera dengan menu baru. Tapi untuk ke taska saya masih bekalkan bubur nasi. Sampailah beberapa hari kebelakangan ni 'kakak' taska bagitahu Muhammad makan sikit saja apa yang dibekalkan, selebihnya kawannya yang makan dan sukakan bubur tu.

Semalam saya buat eksperimen. Bekalkan Muhammad dengan makaroni dan bubur oat serta biskut. Sekurang-kurangnya jika dia menolak makaroni, oat dan biskut boleh jadi makanan sampingan.



Buah tomato untuk puri, karot, brokoli dan isi ikan tenggiri saya kukus dulu sebelum tumis bersama bawang menggunakan minyak zaitun. Tabur sikit dengan herba campuran. Saya guna isi ikan sebab Dermatologist nasihatkan supaya tangguh dulu pemberian ayam dan telur kepada Muhammad.



Oat yang dicampur ke dalam air rebusan ayam bersama labu, kentang dan sawi.



Biskut untuk digigit. Semua resipi saya ambil idea daripada blog yang saya jumpa kemudian ubah mengikut kesesuaian.

Dan ini makaroni versi orang dewasa yang ditambah chili flakes.



Harap Muhammad suka dengan menu baru ini.

**Edited

'Kakak' taska bagitahu Muhammad suka makan makaroni tu, jadi harini saya bekalkan spaghetti pula. Masih guna kaedah yang sama dengan makaroni, cuma saya gantikan ikan dengan daging kisar. Tak ada gambar sebab agak kelam-kabut bangun pukul 5.30pagi. Dapur gas pula satu tungku saja yang berfungsi. Versi yang saya bawa bekal ke pejabat pun dah habis masuk perut.

Jika difikirkan badan dan mata, memang tak larat nak bangun awal-awal jam 5.00pagi dan bersilat di dapur. Sebab dah masak untuk Muhammad, saya mesti masak sarapan untuk suami juga. Tapi bila dah buat rasa puas dapat sediakan makanan untuk mereka yang saya sayang.

Wednesday, November 16, 2011

..::PROJEK TAK BERAPA JADI::..

Semenjak dua menjak anak semakin membesar, sedikit sebanyak saya dah dapat semula rentak untuk buat projek masak-masak. Tak la projek besar pun, cukup la untuk buat apa yang terasa nak makan atau untuk habiskan benda di dapur sebelum tarikh luput. Itu pun kena pastikan Muhammad kenyang dan cukup tidur. Bagi penapis, acuan roti jala dan besen, cukup untuk dibuat main tanpa hiraukan saya. Selain tu saya banyak buat eksperimen masak-masak untuk makanan Muhammad.

Baru-baru ni saya buat agar-agar roti. Baki kulit roti yang saya dah tekap bentuk bear & bakar untuk bekal Muhammad ke taska. Dan saya ubah sedikit resipi tanpa menggunakan telur sebab nak bagi Muhammad makan.

Sebenarnya ini percubaan kedua untuk buat agar-agar roti bercorak pelangi. Sebelum ni saya buat plain saja. Pertama kali cuba di kampung sewaktu balik cuti Deepavali. Corak tak menjadi sebab adunan tercair dan ada kesilapan teknikal sewaktu tuang agar-agar.


::Ini kakak saya yang buat::


Dan percubaan kedua saya pun tak menjadi coraknya. Walaupun dah ikut teknik yang dinyatakan. Mungkin kena tengok demo baru boleh kot.


::walaupun corak saya tak jadi tapi rasa saya sedap ;)::


Ok. Jangan putus asa. Cuba lagi di kesempatan yang lain.

..::PUFF KOBOI::..

Ok tajuk sangat jelas.

Baru-baru ni nampak Kak Pnut post pasal puff koboi dekat facebook. Terus berkobar-kobar nak cuba buat. Dulu-dulu memang Kak Pnut pernah post kat blog. Tapi masa tu tengok sambil lalu saja.

Nak tahu koboi tak koboi, tengok-tengok dah siap. He he he. Bahan-bahan mudah saja iaitu Roti Prata kosong jenama Kawan dan sosej.


::Bekal puff koboi di pagi Isnin::


Gambar langkah demi langkah masa buat tak ada sebab buat secara pantas pukul 9.30malam bila Muhammad dah pengsan sebab siang tak mahu tidur. Saya bakar dulu separuh, dan keesokan pagi sambil siapkan beg dan bekal Muhammad untuk ke taska, saya bakar lagi sampai garing.

Resipi dan cara-cara yang sebenar boleh rujuk di sini.

Percubaan pertama buat 10 ketul ja sebab guna baki sosej yang ada. Lepas ni harus saya buat banyak dan frozenkan. Memang sangat praktikal. Terima kasih Kak Pnut *wink*wink*