Thursday, August 12, 2010

..::RAMADHAN PERTAMA::..

Ramadhan pertama saya sebagai seorang isteri. Juga Ramadhan pertama saya sebagai sebagai bakal ibu. Alhamdulillah saya berjaya menempuh Ramadhan pertama ini walaupun selepas sahur apa yang saya makan semua terkeluar.

Ramadhan pertama, pulang dari tempat kerja jam 4.30 petang saya sampai di rumah jam 6.30 petang. Dalam hati memang nak sedia macam-macam tapi apakan daya. Lagipun suami tak banyak karenah. He he he.. Nasi + satu kuah + lauk utama dah cukup.

Ini menu Ramadhan pertama: Kurma & buah-buahan, cekodok durian dan nasi ayam. Tapi gambar cuma sos saja sebab nasi dalam periuk dan ayam dalam oven. Bila keluarkan terus ngap saja. Tak ada masa nak ambil gambar.



Sebut tentang oven, saya tiba-tiba nak menciwi kepada Normaya. He he he. Bukan nak ciwikan oven tetapi nak ciwi sebab oven ni kami beli dengan menebus mata ganjaran sewaktu Maybank Treats Fair baru-baru ni. He he he..

Kalau nak ciwikan oven memang tak boleh lah sebab orang lain dah lama ada oven malah lebih hebat lagi. Dan ada orang dapat oven hadiah kawen, tapi kami dapat mixer masa kawen tu pun belum guna lagi. He he he.. Sebelum berumahtangga saya hanya menagih kasih dengan oven Butterfly. Siapa yang tak pernah kenal bagaimana rupa oven Butterfly, ini lah dia.


..::walaupun rupaku tidak menawan tetapi aku tidak kurang hebatnya::..


Untuk Normaya, inilah barang yang kami redeem masa Maybank Treats Fair haritu.



Semalam baru pertama kali guna. Hasilnya sangat mantap. Tapi tak ada gambar sebab sudah kelaparan. Gambar lama kepak ayam madu versi goreng adalah. Cuma jika mahu hidangan sihat memang cara membakar lebih disarankan.



Owh, tapi bila sudah dihadiahkan oven, harus suami mula demand macam-macam termasuk ayam golek sebab oven tu memang ada function untuk menggolek. Heh.

4 comments:

Mya said...

haa bila nak ajak kami berbuka kat rumah hangpa nie?

ayobkelubi said...

aku macam mya gak.

bila ek?

anyway.yeay!. entri ramadan seperti yang direkues. terima kasih!.

suzzsuzie said...

oven butterfly ni tersangatlah berbakti..barang antik yang tak ditelan zaman...ada lagi kt kg

Nida Shaari said...

MYA :
InsyaAllah suatu masa nanti

AYOB :
Eleh ko tuh aku panggil kenduri pun tak datang :p

SUZZ :
Tu lah pun.. ada sesetengah orang memang lagi suka guna oven butterfly ni