Showing posts with label hitam putih kehidupan. Show all posts
Showing posts with label hitam putih kehidupan. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

..::RUMAH VS KEDIAMAN::..

Suami di Bangkok. Dalam proses mencari tempat tinggal untuk bulan-bulan akan datang. Bersama keluarga. Sekarang sendirian, masih menjadi penghuni hotel.

Suami diberi 2 pilihan. Mengikut kadar sewa yang telah dipersetujui oleh pihak syarikat.

Pilihan 1
Kondominium 2 bilik. Dapur berasingan. Fully furnished. Keluasan yang selesa (lebih kurang sama macam apartment 3 bilik di Balakong). Unit sekarang disewa oleh rakan sekerja dari India yang akan pindah ke rumah lain hujung bulan ini. 1 daripada bilik telah dijadikan bilik sembahyang. Kawasan bandar. 5 minit berjalan kaki ke pejabat.

Pilihan 2
Kondominium 1 bilik. Dapur terbuka. Fully furnished. Untuk keluarga kecil kami, keluasannya dianggap selesa. Unit baru. Dimiliki oleh rakan sekerja berbangsa Thai, beragama Islam dan boleh bertutur bahasa Kelantan. Kawasan penempatan eksklusif. Berhadapan dengan masjid. Perlu menaiki BTS untuk ke pejabat.

Suami tanya pendapat saya. Walaupun sebenarnya sudah tahu apa jawapannya.

Dan, sebagai seorang ibu yang sedang membesarkan anak, di bumi yang begitu asing, pasti anda juga membuat pilihan seperti saya.

Monday, February 13, 2012

..::SATU DUA TIGA::..

Satu
Sedang cuba untuk memuatkan kaki dalam kasut orang lain. Mungkin dapat masuk kerana kaki saya saiz 3 tetapi tetap tidak dapat melangkah dengan baik.

Dua
Bila berurusan dengan manusia yang ada hati dan perasaan, bayi terutamanya, hakikatnya tidak setiap hari ia akan lancar seperti yang kita harapkan

Tiga
Ia bukan tentang waktu anjal yang mana saya pilih. Ia tentang jam berapa saya keluar rumah kerana walaupun saya memilih waktu ketiga sekalipun, saya tetap perlu keluar sekitar jam 6.30pagi. Jika keluar jam 7.00 maka jam 9.30pagi lah saya akan sampai ke pejabat.

Friday, February 10, 2012

..::TOLONG INGATKAN AKU::..

Rutin berubah.

Menguruskan kehidupan anak beranak sendirian. Kadang-kadang jadi tunggang langgang. Sehinggakan saya selalu culas mengepam dan menyedari produksi mula menurun.

Tolong ingatkan saya. Ada beberapa bulan lagi harus dilengkapkan.

Wednesday, February 01, 2012

..::MACAM MANA DIA BUAT::..

Rentetan daripada gambar dalam entry sebelum ni. Dan yang pasti ada cerita di sebaliknya.

Itu gambar laci dresser yang dah terbalik. Terbalik sebab ada budak umur 15 bulan sedang giat meneroka segala yang ada di persekitarannya.



Macam mana Muhammad buat, saya sendiri tak pasti. Sedar-sedar sahaja sudah kedengaran bunyi 'gedegang!!' dan ada budak tergolek bawah laci sambil menangis.



Memang berderau darah saya bimbang Muhammad tersepit bawah kabinet tu. Sebab yang pasti kabinet tu sangat berat. Dan satu perkara yang buatkan saya rasa syukur sebab bahagian rak dengan cermin sudah kami pisahkan dan drill ke dinding. Tak boleh nak bayangkan jika ada kaca yang terlibat dalam kejadian ni.

Tapi, lepas dapat susu dan berhenti menangis, Muhammad kembali meneroka ruang yang dah terbuka luas di depan mata.



Haaaiihh.. Tak serik rupa-rupanya anak bujang ni.

..::BERDERAU DARAH SAYA!!!::..

Tuesday, January 31, 2012

..::SKRIP KEHIDUPAN::..

Prof. Dr. Muhaya kata, untuk berjaya seseorang tu mesti ada skrip kehidupan.

Jadi, sempena cuti Hari Wilayah esok, saya sudah sediakan satu skrip untuk saya lakukan esok, InsyaAllah.

Sementelah anak boleh hantar taska dan suami ke luar negara, saya cuba mahu melakukan sebanyak mana tugasan yang sering dilakukan seorang suri rumah.

* Mesin dan sidai kain baju
* Pergi pasaraya beli barang keperluan
* Lipat kain baju yang dah beberapa hari kering
* Seterika baju sebanyak mana yang boleh
* Kemas rumah mana yang perlu
* Baking
etc..

Tapi, entah-entah terbongkang di sofa sebab hari ni dah tidur lambat. Ha ha ha.

Ok shhoohh aura negatif.

Selamat malam.