Tuesday, December 13, 2011

..::CUAINYA SAYA!!!::..

Pertama sekali 'pang' diri sendiri sebanyak 100 kali atau mungkin lebih.

Kedua, dipendekkan cerita, semalam masa nak balik saya terkunci Muhammad dalam kereta yang belum dihidupkan enjin/pendingin hawa lebih kurang 1/2 jam - 45 minit. Dengan segala barang ada dalam kereta termasuk telefon yang dipegang Muhammad. Mujur saya turun serentak dengan Aril, lalu pinjam telefon Aril untuk telefon suami. Kemudian telefon CC untuk minta pertolongan. Dan gerombolan pun tiba lalu mengelilingi kereta sehingga membuatkan Muhammad di dalam berasa musykil dan mula menangis. Ya, panas juga faktor utama. Orang yang kat luar kereta pun panas, ni kan pula dalam kereta yang tertutup rapat.

Alhamdulillah, dengan idea daripada suami serta bantuan abang pakai baju produksi (yang saya tak tahu namanya), berusaha mencari dawai keras dan godek pintu, akhirnya pintu berjaya dibuka. Getah pintu yang rosak boleh dibeli baru, anak amanah Allah tak ada galang gantinya. Huks.

Dipendekkan cerita lagi, alarm dan central lock kereta saya tak berfungsi dengan baik, jadi saya buka kunci secara manual. Tapi sebab saya buka kunci sebelah penumpang untuk masukkan Muhammad dulu kunci pintu lain tak terbuka pun. Saya terlupa itu dan terus campak kunci di tempat duduk pemandu, konon nanti pusing sebelah sana baru nak start kereta. Saya buka juga kunci pintu belakang sebelah penumpang sebab nak masukkan beg dan stroller. Disebabkan kebiasaan, lepas letak Muhammad, saya terus tekan kunci dan tutup pintu. Kemudian masukkan stroller, tekan kunci dan tutup pintu. Bila pusing sebelah pemandu untuk start enjin, baru saya tersedar kereta dah berkunci dan anak ada di dalam.

Kesimpulannya, sebelum ni saya selalu juga terfikir-fikir, macam mana lah andainya saya tertinggal kunci dalam kereta yang berkunci. Dan akhirnya apa yang selalu menghantui saya telah berlaku dan lebih teruk, ada anak yang terkunci sama.

Apa sangatlah duit ratus-ratus ringgit yang perlu dibayar untuk betulkan central lock jika dibandingkan dengan nilai nyawa anak yang priceless. Sob sob sob.

Sujud syukur saya kepadaNya. Perbanyakkan istighfar dan muhasabah diri kerana pasti ada hikmah yang Allah beri disebalik semua kejadian.

9 comments:

Fara said...

Sy juga mengalaminya. Tp bukan kereta, BILIK!

Mmmm....

Unknown said...

Alhamdulillah..Muhammad selamat..ngeri dibayangkan..pernah tertinggal kunci tanpa apa apa yg berharga di dalamnya pun dh cuak..akak smlam,mesti lagi cuak kambingkn?semoga peristiwa ini x berulang lagi..take cre kak.

Nida Shaari said...

FARA :
Bilik luas dan ada banyak oksigen boleh bernafas.. kereta sempit dan terkurung.. panas..

UNKNOWN :
cuak juga lah. Tapi sebab ramai kawan-kawan pejabat bagi sokongan dan bantuan, kurang la sikit.

mula2 dah pikir nak pecahkan cermin je.. hiks

Amy Z! said...

Huhu. Memang mencemaskan.. Hrp tak berulang lagi.. T_T

june said...

ADIK KU... jgn buat lagi k.. kesian anak ku yang comel itu... kalu boleh bawa lah skali spare key letak dalam hand bag... hukhukhuk.. syukur takde ape-ape ...

Nida Shaari said...

AMYZ :
Sangat!! harus beringat-ingat dilain masa. Tapi aku memang jarang keluar berdua je dengan Muhammad sebenarnya.

JUNE :
Kak, bawak spare key pun kalau semua beg dan barang dah terkunci kat dalam xleh buat apa gak.. sob sob sob..

Mya said...

huhu...
kena lebih berhati2 di masa depan ya..

Aikido@MushroomCute@Mariea said...

huh..aku yg baca pon cemas...hati2 di lain kali babe...sib baik tidak apa2 si hensem boy tu..hang pon ok ka? take care tau

kingbinjai said...

kus semangat...