Wednesday, February 01, 2012

..::MACAM MANA DIA BUAT::..

Rentetan daripada gambar dalam entry sebelum ni. Dan yang pasti ada cerita di sebaliknya.

Itu gambar laci dresser yang dah terbalik. Terbalik sebab ada budak umur 15 bulan sedang giat meneroka segala yang ada di persekitarannya.



Macam mana Muhammad buat, saya sendiri tak pasti. Sedar-sedar sahaja sudah kedengaran bunyi 'gedegang!!' dan ada budak tergolek bawah laci sambil menangis.



Memang berderau darah saya bimbang Muhammad tersepit bawah kabinet tu. Sebab yang pasti kabinet tu sangat berat. Dan satu perkara yang buatkan saya rasa syukur sebab bahagian rak dengan cermin sudah kami pisahkan dan drill ke dinding. Tak boleh nak bayangkan jika ada kaca yang terlibat dalam kejadian ni.

Tapi, lepas dapat susu dan berhenti menangis, Muhammad kembali meneroka ruang yang dah terbuka luas di depan mata.



Haaaiihh.. Tak serik rupa-rupanya anak bujang ni.

3 comments:

faraherda.razalan said...

Perangan sebijik dgn Aydin. Anak bujang! Itulah tandanya mrk bijak, kreatif dan pandai berfikir..

=D

Amyz! said...

Amboi Muhammad. terelnya diaa. Sampai terbalik lemari mak. Hihi.

Explorer he is. :-)

Anthony Frost said...

That was so funny.



Prozac linked to birth defects