Thursday, December 29, 2011

..::MUHAMMAD DAN YOUTUBE::..



Seawal umur 4 bulan, Muhammad dah tengok video melalui YouTube. Emak dan ayah zaman sekarang katanya, nak bagi anak diam dan leka jadi gunakan segala teknologi yang ada. Jom kongsi sama di antara video kegemarannya.



Video pertama kegemaran Muhammad. Saya pun suka karikatur yang comel tu. Lagu pun meriah. Di samping tu dapat juga dedahkan Muhammad dengan huruf-huruf arab.



Muhammad suka dengan karektor burung hantu dalam video ni. Dan sambil tengok kadang-kadang saya akan cerita kepada Muhammad tentang bintang yang jauh di angkasa dan sikit-sikit tentang kejadian alam ciptaan Allah ni. Harap-harap Muhammad faham la kan. Hiks.



Video terbaru kegemaran Muhammad ialah video klip lagu Erti Al-Fatihah oleh Voices of Ummi. Memang bagus lagu ni, sekaligus saya pun dapat menghafal erti surah Al Fatihah dengan lebih mudah ;)

Bila tengok video Muhammad memang leka. Tersengih, bercakap itu ini, tepuk tangan ataupun terpegun senyap. Orang lain mahu kongsi tengok pun tak dapat. Pegang iphone tak mahu lepas. Cuma kalau guna komputer, habis ditepuk-tepuknya keyboard sampai boleh 'hang'. Dan satu lagi sekarang Muhammad dah pandai tukar sendiri siaran TV. Huks.

Kesimpulannya, walaupun semuanya di hujung jari anda, masih ada kawalan diperlukan. Apa jua kaedah yang kita gunakan untuk melekakan anak atau menghiburkannya, ibu bapa kena tahu memilih yang mana baik yang mana tidak untuk perkembangan dan pendidikannya. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Namun, jangan sesekali kita lalai dan leka dek perubahan yang pantas itu.

Dan, saya masih dalam proses pembelajaran yang tiada kesudahannya ;)

0 comments: