Monday, October 17, 2011

..::WAJAH KESAYANGAN HAMBA::..

Alhamdulillah Muhammad dah setahun. Asalnya nak tulis entry pasal pengalaman melahirkan setahun yang lepas, tapi berhalangan pula. Hujung minggu ada kecemasan, lalu balik ke Seremban, kemudian terus ke Melaka.

Jadi layan gambar saja lah. Lagipun gambar juga boleh memberi 1001 kata-kata ;)


..::Sarapan di kedai on the way balik Seremban::..



..::Teruja dapat mandi kolam::..



..::Yeay!! ada bola..::



..::suka tepuk air sampai terpercik::..


Muhammad sangat suka air. Walaupun telinga dah sejuk. Hingus hijau dah meleleh. Masih meronta-ronta nak masuk dalam kolam semula.

Kes tak takut air ni lah sehari sebelum tu masa suami mandikan, Muhammad membuat aksi menyelam dalam baldi. Uhuks.. anak oh anak.. bahaya tu..

Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat usia kepada Muhammad sehingga ke hari ini. Semoga besar jadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan Rasul serta menggembirakan mama dan ayah. Syukur juga kerana saya masih berupaya untuk menyusukan Muhammad sepenuhnya.

2 comments:

Amyz! said...

Budak2 mmg suka air. Lebih2 dalam kolam. Hihi.

Oh ye. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang pertama, Muhammad. Semoga jadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan mama dan ayah.. :D

Nida Shaari said...

AMYZ:
Ini bukan setakat suka, tak takut pulak tu. Dah lemas-lemas pun, lepas tu nak buat lagi aksi yang sama.. haaihh..

Terima kasih auntie Amyz.. InsyaAllah Muhammad akan ingat segala pesanan.. Bila lah Muhammad nak jumpa abang Alam kan..