Friday, March 26, 2010

..::SALAH MENYALAH ANTARA SATU SAMA LAIN::..

Pada petang Rabu yang permai, tak semena-mena Kak Pnut membebel kepada saya salahkan Kak An sebab terliur tengok nasi daging. Daripada membebel pasal nasi daging kemudian Kak Pnut melencong bercerita tentang anak-anak teruna belaannya yang bagi makan apa saja semua habis. Katanya masak kari 12 ekor ikan kembung pun habis. Dan tiba-tiba saya rasa nak makan kari ikan kembung campur bendi. Jadi, Kak Pnut harus dipersalahkan atas keinginan saya itu.

Lalu pada hari Khamis yang saya terasa sangat malas nak pergi kerja, saya pun masak kari ikan kembung campur bendi dan sebiji buah tomato. Ikan dan bendi saya dah beli petang Rabu di Pasar Malam Kampung Melayu Subang. Cuma santan dengan daun kari saja saya pergi beli tengahari tu. Rasa rugi pula kena beli daun kari satu paket sedangkan nak guna sikit saja. Saya ada tanam pokok kari tapi belum bawa pindah ke Shah Alam. Jadi untuk sementara waktu abaikan dulu perasaan tak seronok bila apa yang kita nak guna tak ada di kediaman sekarang.

Kakak ipar saya pernah bercerita dia tak begitu pandai masak kari walaupun anak-anaknya suka makan kari. Saya senyum saja. Secara jujur, memang 'koman' kalau orang utara tak pandai masak kari. Tapi kakak ipar saya tentulah orang Negeri Sembilan. Jadi boleh dimaafkan di situ.

Ini kari ikan kembung yang saya masak. Saya cuma masak 3 ekor saja tak perlu sampai 12 ekor. He he he... sangat sedap dimakan dengan nasi panas-panas kemudian letak kicap sikit. Sehingga menjilat jari.



Bila masak kari, saya sudah sedia dengan menu susulan. Bukan setakat sedap dimakan dengan nasi panas, kari ikan memang mantap jika dijadikan pencicah roti canai atau lempeng. Saya tanya suami nak lempeng atau roti canai. Katanya tentulah roti canai kerana pilihan yang diberi umpama memilih antara roti canai dengan chicken chop.

Tepung roti canai yang sudah siap diuli



Ini resipi roti canai (kalau mahu).

Bahan-bahan
1 senduk/cawan tepung gandum
2 sudu susu pekat
sedikit garam dan air untuk menguli

Cara-cara
1. Gaul ramas tepung dengan susu
2. Campur air sedikit demi sedikit ketika menguli. Uli sehingga tepung sudah tidak melekat di tangan
3. Rehatkan tepung yang sudah dibulatkan di dalam sedikit minyak. Lebih lama tepung direhatkan, lebih lembut hasil roti canai nanti

Tiada gambar untuk roti canai saya yang sudah siap kerana sudah selamat masuk ke dalam perut. Roti canai kena makan panas-panas.

2 comments:

kemat said...

Kari ngan kicap...memang kacip habis...demikian ulasan pengemar kari

Pnut said...

ya betoiii orang utara kalau tak terrer masak kari. boleh terjun sungai, dalam percubaab bunuh diri..
ahahhahaha dosa-dosa...

anak buah kami, syazwan kalau dia ada, menu kari tiap hari adalah syorga bagi dia..

Hari ni kari ikan, esok kari daging, lusa kari sotong, tulat kari ayam, hari selepas tulat kari udang... dah abeh haiwan dijadikan kari, kita boleh masak pajeri terung, nenas.. sebagai masakan yang berasaskan rempah kari..

mampuih bini dia esok kalau dapat orang dari negeri lain yang tak heran dengan kari...