Tuesday, March 02, 2010

..::PERGI KERJA BERSAMA CICAK::..

Pagi tadi, saya pergi kerja ditemani oleh seekor cicak. Mungkin cicak man.

Kisahnya bermula begini. Pagi-pagi pergi kerja saya memang jarang terus pasang penghawa dingin. Saja lah mahu rasa udara pagi. Tapi pagi tadi sedang enak memandu keluar dari taman perumahan, tiba-tiba "tap!" kedengaran bunyi di atas dashboard.

Dalam samar cahaya lampu jalan kelihatan seekor cicak sedang tercangak-cangak kekeliruan. Serta merta darah saya menyirap ketakutan. Terus cari tempat berhenti dengan niat mahu halau cicak keluar dari kereta. Ya lah, buatnya tengah memandu cicak tu naik merayap masuk dalam kain boleh bikin kemalangan saya.

Tapi bila saya berhenti, kelibat cicak pula sudah tidak kelihatan. Hilang entah ke mana. Geli ok. Terus telefon suami mengadu domba. Biasalah. Walaupun sebenarnya bukan boleh jumpa semula cicak tu. Lepas dengar suami pot pet ala kadar saya pun meneruskan perjalanan dengan perasaan berbaur. Sepanjang perjalanan sejauh 35km saya rasa cuak dan geli geleman. Bimbang tiba-tiba cicak terjengol di hadapan mata.

Alhamudulillah perjalanan saya selamat. Namun saya masih berdoa cicak berkenaan sudah keluar dari kenderaan dan berpindah ke tempat lain. Atau sudah mati kepanasan tersepit enjin atau belting segala. Heh!

5 comments:

imanamani said...

ekekekekeke.... jgn marah ye puan madu lebah... tapi entry ini bikin saya gelak... mmg tak dapat di bayang kan kalau betul cicak itu dalam kereta anda....

nizamsani said...

dah cuba periksa dalam beg tangan?

madulebah said...

ILA :
Dah memang betul ada. Cuma hilang entah ke mana lepas tu

NIZAM :
Weh ko buat aku geli geleman yang berganda la pulak

Mya said...

saya pernah kena jugak tau. walaupun saya dah karate cicak tu putus dua, tapi dia masih hidup! yekkk geliiii

madulebah said...

MYA :
Cicak memang susah nak mati. Terutama ekornya. Eeeeeiii.. Geli lorh