Tuesday, March 16, 2010

..::MENJALA UNTUK SUAMI::..

Semalam balik kerja saya menjala untuk suami. Bukan menjala ikan. Tetapi menjala tepung. He he he. Ini pertama kali saya menjala sendiri. Sebelum-sebelum ni cuma menjala dengan kakak-kakak saja.

Memandangkan suami saya ni anak emak (dan semua orang pun anak emak kan?), maka suami memang gemarkan kuih muih tempatan, tradisional atau kuih yang dibuat sendiri di rumah. Faham kan maksud saya? Dan selagi saya tidak buat sendiri kuih selagi itu suami tak mahu percaya saya pandai buat. Kalau setakat cakap "I pandai buat karipap atau I pandai la buat roti canai" suami pandang sebelah mata saja. Jadi, sekarang saya mahu buktikan kebolehan yang ada.

Ini sebahagian hasilnya



Sewaktu menjala, saya panggil suami suruh datang tengok apa saya buat di dapur. Suami teka saya sedang buat lempeng. Apa kelas lempeng kan? Lagipun kalau lempeng tak payah saya nak show off kat suami pun. Suami sangat terkejut bila nampak roti jala dalam pinggan. Dan terus peluk-peluk saya sebab terharu. Saya cakap pada suami lepas ni tak payah dah pergi makan roti jala kat Pasar Tani Stadium hari Ahad tu.

Masih tak percaya ke saya menjala sendiri? He he he.. Ini yang masih di atas kuali dan yang belum digulung.



Memandangkan kami berdua memang sukakan roti jala, 25 ketul yang saya buat sesi pertama habis dimakan sekali hadap saja. Roti jala cicah dengan kari memang terangkat.



Kari ayam ni mak mertua yang bekalkan pada hari Ahad. Sebab ada banyak makanan yang dia bekalkan dan sampai rumah pun dah lewat saya simpan dulu kari ni. Semalam saya campur kentang dadu untuk kesan sampingan yang lebih mantap.

Resipi roti jala tentu sekali saya ambil di sini. Cuma kemudian saya ubah dan sesuaikan untuk 2 orang makan. Secara umum ini bahan-bahannya.

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil kunyit
Sedikit minyak dan daun pandan dicarik untuk minyakkan kuali

Cara-cara
Kisar semua bahan sehingga sebati kemudian tapis. Cuba dulu bancuhan, kalau pekat tambah sedikit air. Kemudian, mulalah menjala. Oh, nak buat roti jala ni paling penting tentulah acuannya. Tak kan lah nak kirai dengan jari kan. Hik hik hik.

Dengan sukatan yang saya berikan, kita akan dapat lebih kurang dalam 35 - 40 ketul/biji(?) roti jala bergantung kepada keluasan tebaran dan ketebalan jala anda.

Sekian, selamat menikmati hidangan minum petang.

8 comments:

kemat said...

nanti (agak2 10 bulan akan datang) tunjuk gambar suami. Mesti dah berisi. Hahah

Amy Z! said...

kemat; nida ni memikat suami melalui perutnya.. ;-)

madulebah said...

KEMAT :
Tak payah tunggu 10 bulan akan datang. Ha ha ha.. Lepas 3 bulan pun dah nampak kesannya.

AMYZ :
Tu resipi yang tak jadi rahsia pun. Ahahaha

cik puan daun said...

i pejam mata.. ahahahahaha.. laparrr..

imanamani said...

tengok aje .... dah tau sedap... isk isk...

kroll said...

Buatlah byk2 nanti leh jual + hantar kt org jauh nie ... he3

Mya said...

peluk2 terharu? awwww... ai pun nak peluk u jugak lah. sbb ai pun terharu u boleh menjala ni

madulebah said...

DAUN :
Alaaa u lagi hebatt lah..

ILA
TQ

KROLL :
Sampai sana sempat basi kot

MYA :
hik hik hik.. dah lama tak jumpa n peluk2 dengan u.. muah muah