..::TAG::..
Aku tak ada kerja. Boss pergi seminar di Langkawi. Jadi untuk menunjukkan yang aku tak buat bodoh saja di pejabat, maka aku mengetuk papan kekunci menjawab tag yang dah lama tertangguh. Aku ditag oleh Kimi dan Cik Jah.
Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:
1. Mesin Basuh Samsung WA10U3
2. Set CorningWare 5 beradik
3. LG KU990 mobile phone
4. Pakej percutian ke Eropah atau Australia
5. Menang peraduan Shell/Bonuslink - wang tunai atau bekalan petrol
ooohh.. hadiah impian aku sangat berpatutan kan.. aku rasa kawan-kawan pun mampu tunaikan impian aku ni.. ahaha..
Senaraikan alasan atas pilihan anda itu:
1. Mesti la sebab nak senang basuh baju. Sekarang aku cuci kain baju secara manual. Kalau dapat hadiah ini, sungguh suka hatiku ini.
2. Untuk pilihan ke 2 dan 3 ni sebab aku memang suka. Dan kalau hadiah lagi la aku suka. Tak payah keluar duit untuk beli.
4. Itu adalah 2 benua yang aku teringin nak pergi
5. Kalau dapat wang tunai, aku boleh lunaskan hutang pelajaran. Ha ha ha.. kalau dapat bekalan petrol, bleh jimat duit woo.. petrol mahal ar.
5 impresi terhadap orang yang diminati:
1. Hafaz 30 juzuk Al-Quran
2. Suara sedap terutama sekali kalau azan
3. Tulisan tangan yang cantik
4. Pandai main alat muzik
5. Cerdik matematik (tetapi bukan yang menjadi teman sosial kemudiannya)
Perkara yang paling hebat pernah dilakukannya untuk anda
Mak ngan ayah la. Besarkan anak yang ramai. Bagi pendidikan dan penuhi segala keperluan asas sebaiknya. Dengan pendapatan yang aku kira sangat minima.
5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju)
1. Air (ciptaan Allah)
2. TV - Walaupun aku tak langgan ASTRO, tv percuma yang ada dah cukup buatkan hidup aku ceria
3. Peti Ais
4. Kamera
5. Kapal terbang - Besi berat dan besar tuh boleh terbangkan orang ramai / kargo wooo
Apakah perkara paling dibenci?
1. Pembunuhan berleluasa
2. Orang tak baik
3. Budak-budak muda yang beromen tak kira tempat dan tak tahu malu
4. Tak tau dah.. ada juga perkara yang aku tak suka.. tapi tak la sampai tahap benci.. kan tak sama tu..
5 orang yang mahu ditag
1. TasikMerah
2. Cik Daun
3. Mya - eh hangpa dah pernah ke buat tag ni? kami lupa la
4. Amyz
5. tak tau dah nak tag sapa lagi
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
7 comments:
pssstttt... kalau ko nak tau aku ada 3 tag masih terhutang... aku syak bukan setakat daun je tak nak kawan aku... yg 2 org lagi tu pun mau ikut sama....
cukup tahun ni... mau semua bebudak blogga tak kawan aku... :P
TASIK :
Ha ha ha.. takpa.. aku tak bagi pra-syarat macam tu..
Ko nak buat ke tidak, aku tetap nak kawan ngan ko..
berkawan biar beribu kan??
eerrr mulia tak ai?
Bebeh.. Aku lambat sket buat tag ni eh? Tak ada mood nak buat tag la. Sorry~ Huhu..
AMYZ :
Ha ha ha.. tak pe.. aku tak letak syarat pun..
kau nak buat ke, tak buat ke, kau tetap kawan aku..
ahaks
kami sudah buat ini tag.. hehe..
MYA :
ha ha ha.. jadi sila abaikan..
kakak nida.. adik amyz dah rajin dan dah buat tag nih.. hihihi. :-)
Post a Comment