..::PARTY DI GERAI HARAM TEPI JALAN::..
Dah lama tak jumpa kawan-kawan. Sesekali luangkan masa ikut perjumpaan yang dianjurkan, walaupun berbentuk party.
Party di William's. Pertama kali aku pergi tempat ni. Gerainya biasa saja. Tapi makanannya punya kelas tersendiri.
Ini apa yang aku makan. Oppss air tu satu gelas je. Gelas yang lagi satu, pasangan penganjur punya.
Ini gambar lain pula. Pinggan kosong yang banyak.
Petua:
Sila kosongkan perut jika mahu datang ke sini
Untuk pengetahuan, hidangan datang dalam saiz BESAR. Satu hidangan tu boleh makan untuk 2 - 3 orang. Kalau masing-masing perut kecil, 5 orang pun cukup. Jadi buatlah pilihan yang bijak.
Elakkan pilih pasta kuah tomato
Nadia (wife Kemat) order pasta kuah tomato. Aku mintak nak rasa sikit. Terus terang aku katakan, aku buat lagi sedap. Agaknya itu la sebab kenapa Nadia tak dapat nak habiskan makanan tu.
Pujian: Keenakan makanan lain memang superb. Aku mesti datang lagi. Daripada aku membayar harga yang mahal di Marche, baik aku datang William's. Lagi puas hati. Makanan sedap, harga pun berpatutan.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
8 comments:
dh lama kami dengaq nama william nih. nak pegi, tp tak terpegi2... senang tak nk carik kedai dia?
MYA :
Mesti pergi tau!!!
Kalau ikut kami yang terrer bab jalan ini (ha ha riak), kami kata senang je..
madu,
ada logo halal ke tak de tu??.. ke korang main redahhhh je... :)
pasta kuah tomato mmg boring... aku pernah cuba pasta dgn sedikit olive oil n herb ntahapentah... best...
TASIK :
Oit oit!! ko ni teruk lah tanya soalan tu kat aku..
pasta yang aku makan haritu olive-garlic.. best gilak
kakak nida,
nanti adik nett datang KL,
kakak nida bawak pi tempat ni boleh dak?
perut yang lapar tambah terseksa tengok makanan-makanan tu. alahai.
hi..menyinggah.
william ni mcm famous.
kat mana tpt dia? kelana jaya ke?
NETT :
Boleh janji adik Nett yang belanja..
Adik Nett dapat elaun pertukaran wilayah kan?? ha ha ha
ATIQAH :
Ha ha ha.. kalau dah lapar memang la pun.. Tengok mee segera pun rasa sedap
SIPURI :
Aáh dekat-dekat Kelana Jaya lah..
Post a Comment