Monday, May 19, 2008

..::MALU BERTANYA SESAT JALAN::..

Tapi bila dah tanya, ikut la apa orang dah bagitahu tu.

Jika aku cakap jalan terus. Kamu akan melalui 3 tol. 1 di Batu 9/Cheras Perdana, 2 di Plaza Phoenix dan 3 tol 50 sen, maka terus saja sampai jumpa tol yang 3 itu.

Kemudian, kamu jalan terus lagi sehingga nampak Menara (rebung) TM, dan jumpa simpang ke KL Sentral/Pusat Bandaraya, Jalan Klang Lama, dan Lebuhraya Petaling Jaya/Shah Alam/Klang. Ambil simpang ke Lebuhraya Petaling Jaya. Mid Valley di sebelah kanan dan Angkasapuri di sebelah kiri. Terus lagi sikit. Ada simpang ke Kerinchi Link. Jangan naik yang itu. Terus ke hadapan (tentulah kan?) dan naik simpang ke Kampung Kerinchi/Jalan Pantai Baharu. Di lampu isyarat pertama, ambil simpang kanan, tapi di lampu isyarat kedua kamu terus. Maka UM berada di sebelah kiri kamu. Di bawah flyover, ada lampu isyarat. Ambil kiri.

Jika kamu memang suka-suka mahu sengaja turun ke Pusat Bandaraya. Sebelum jumpa tol yang ke-3 itu. Melalui jalan yang ada banyak kon dan blok penghadang bersusun (Jalan Loke Yew) dan tembus berhampiran Masjid Negara. Kemudian lalu di hadapan Stesen Keretapi dan sebagainya. Itu terpulang.

Keadaan perjalanan yang kamu lalui pada hari Sabtu dan Ahad adalah berbeza dengan apa yang bakal kamu hadapi pada hari berkerja biasa.

Ucapan aku. Semoga berjaya sampai tepat pada waktunya tanpa rasa tertekan.

Oh, kalau kamu mahu ke Serdang. Kemudian dalam komuter ke Rawang baru kamu tanya ke arah mana sepatutnya kamu pergi, ya.

7 comments:

tasekM said...

kau pemberi arahan yang baik ... aku faham arahan kamu.... :)

hr tu aku nk ke satu tempat, adik ni bg tau, lepas petronas ada traffic light, masuk kiri. ok. aku pun masuk tapi tak jumpa rumah. aku call dia. dia boleh cakap.. bukan traffic light yg tu... traffic light depan lagi br masuk kiri... maknanya traffic light kedua lepas petronas....

mmg la ku keluar tanduk...

apa punya arahan daa....

Nida Shaari said...

TASIK :
Ha ha ha.. memang hangin..

Hari tu ada orang datang rumah aku. Dia ni walaupun dah lama kat KL tapi sungguh lah tak cekap jalan. Masa datang dia follow aku. Tapi masa balik harus la dia kena balik sendiri kan? Jadi aku lukiskan plan.

Sejam kemudian dia telefon bagitau dah selamat sampai rumah. Dan berterima kasih kerana jalan yang aku tunjuk bukan jalan yang menyesatkan..

ha ha ha..

up on my forehead said...

ha ha ha ha aku dalam keadaan blurlahhhhhhhh. time naik train rasa macam betul, dah duduk baru rasa weird!

ini bukan kesilapan yang biasa dibuat!

ep said...

Ep kalu nak ke serdang naik komuter ke Rawang. Bila dalam komuter ep tanya orang camne nak ke serdang. Dia orang kata bila sampai stesen serdang. Turun. Jadi bila sampai stesen serdang, ep turunlah. Untuk pengetahuan ep naik komuter kat Seremban.. kah.. kah..

Nida Shaari said...

IKA :
Ye.. aku faham kau berada dalam keadaan sungguh tertekan

EP :
Hampeh je EP ni.. ha ha ha

Amyz! said...

Ohh.. aku bukan pemberi tunjuk arah yang bagus~

Sebab selalu konpius kiri dan kanan.

Haha.

Nida Shaari said...

AMYZ! :
Ha ha ha.. tapi itu kira ok..

aku teringat satu kisah, kawan kita. Minta tujuk arah mahu ke satu tempat.

Pada aku dia minta tujukkan ke bangunan lain, tapi dari kau dia minta tujukkan ke bangunan yang lain.

Mujur juga jarak antara 2 bangunan itu tak berapa jawuh..

ha ha ha..

(alamak!! kawan aku tu dah warning, kalau aku asyik quote dia, putus sahabat!!)