..::KEMBALI KE ALTERNATIF::..
Semalam. Dari tol Kamunting lebih kurang jam 11.30 pagi. Tiba di Tol Ipoh Selatan jam 12.00 tengahari. Dan berhenti di Hentian Jejantas Sungai Buloh jam 2.00 petang. Kemudian. Jam 2.45 petang aku tiba di tempat letak kereta belakang Central Market.. Ha ha ha.. (fikir sendirilah kenapa Polis sangat suka hantar surat layang kepada aku)
Aku sudah kembali ke Kuala Lumpur. Dan terus ke KL Alternative Bookfest.
Menempel di meja jualan Sol-jah. Bertemankan Pipiyapong yang bisu. Membuatkan aku terlupa seketika bahawa aku boleh bersuara. Dan rupa-rupanya Pipiyapong juga tidak bisu. Suaranya sangat mahal. Hanya kedengaran bila dia meminta izin untuk ke tandas. Meninggalkan aku sendirian di meja jualan. Sehinggalah dia muncul semula ketika jam hampir ke angka 6. Meja jualan sudah mahu dikemaskan.
Aku. Berjaya jual 4 buah Gangguan Teksual. Stok aku.
Stok Sol-jah. Habis licin.
Tapi. Aku lupa ambil gambar suasana di sana. Sungguh alternatif.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
8 comments:
Pompuan suka Pipi. Telinga radar dan diamnya seolah-olah dia seorang good listener.
jangan tertipu woi.
kau org kamunting madu?
tok....ada unsur-unsur jeles.
Madu...kawen ngan abang polis. Tak la banyak sangat saman ko dapat. Tak pun pinjam/curi siren polis...
TOK R :
Ha ha ha.. Pipi tu memang nampak macam budak baik-baik je..
Dia memang baik kan?
TASIKMERAH :
aku orang Parit Buntaq
PSITTACULA :
Tok tu memang..
Confirm ke kalau kawen polis aku xkan kena saman?
terima kasih atas kesudian.
pipi tu diam sbenornya sbb dia pasang telinga mendengar gig tribute to rock kangkang kat bilik depan tu...
(oit pipi.. wa dah cover lu ni.. tak de apa2 ke? tiket sweet charity sebijik ke misalnya.. ha ha..)
SPYZ :
Terima kasih kembali.. ha ha ha (you know what)
Sebab tu Pipi cakap nak pergi tandas, padahal dia pergi layan gig..
woi..woi..!! hah mcm mcm spekulasi nih..
PIPI :
hik hik hik.. jangan la marah.. nanti cepat tua..
Post a Comment