Wednesday, May 21, 2008

..::APA BARANG BARANG APA::..

Suatu petang yang damai. Dalam kesesakan lalulintas. Terdetik di hati nak tengok handphone dalam handbag.

Uwop!! Uwop!! Ada 5 missed called dari Naga. Apa dia nak ni. Setahu aku dia tak kan bazirkan kredit kalau tak de hal penting-penting.

Aku telefon semula. Ya. Aku ada 250 minit panggilan percuma. Jadi gunakanlah ia sebaik mungkin.

"Hello babe, kau pindah bangunan mana sebenarnya ni..." Kedengaran terus suara dengan nada yang bisa mencairkan gadis-gadis genit dari corong sebelah sana.

"Laa.. Aku pindah Bangunan MAS lah. Jalan Sultan Ismail tu. Depan Hotel Equatorial. Kau nak tanya tu je ke? Sampai 5 kali missed called."

"ha ha ha.. wooo sesak la sana tu. Kau bawak kereta ke?" Pakcik ini memang seorang yang concern.

"Bawak. Tapi 1/2 perjalanan je. Aku naik monorel. Huh! kau nak tahu, tadi aku balik dalam monorel padat gile. Aku lagi sanggup jammed atas jalan lagi daripada jammed dalam monorel dengan macam-macam orang dan bau yang ada." Oohh.. mula mengadu domba.

"Eh, kau orang naik monorel tak beratur ke?" Tanya pakcik prihatin lagi.

"Memang la beratur. Tapi kau tau la, punya la ramai orang. Dah tak boleh nak masuk, apa barang mau tolak-tolak!!" Gadis genit mahu lepaskan amarahnya.

"Wooo!! Nida sebut barang la, Vovin." Kedengaran suara pakcik sebelah sana.

"Hah!! Barang apa?" Soal lelaki yang bernama Vovin itu pula.

HAMPEH!!

5 comments:

Tok Rimau said...

Kau dengar beza mulut orang tua dengan orang muda. Mana lah wanita-wanita tak tergoda.

Eh, you dah makan ke hari ni. Jagan kesihatan okay. (Concern gak)

tasekM said...

barang kemas ok...!

keh keh keh..

up on my forehead said...

monorel. yang aku tidak boleh lupa, menahan penyeluk saku sewaktu pintu monorel nak tutup. ha ha rasa heroic gituh. ha ha ha ha.

Nida Shaari said...

TOK R :
Ha ha ha.. ye la.. diaorang lagi dulu makan garam.. macam tu lah..

TASIK :
Barang kemas memang kena jaga.. jangan terhilang macam cincin kawen kau tu.. ha ha ha

IKA :
WOW!! Hebatnya kau!! Tapi Monorel tuh memang la padat tahap yang aku xleh nak terangkan..

Dah la goyang-goyang dan buatkan aku gayat saja

sinaganaga said...

TR,
'Jagan' tu apa barang? Perkataan mencarut ke? 'Jagan lu la weh!' ek? Ha ha.