..::TAK PERLU MEMBELI::..
Hujung minggu yang baru lepas ni aku tak kerja. Memandangkan TV pun tak ada rancangan yang menarik, maka aku pun mencari hiburan sendiri. Hiburan yang lebih memberi kepuasan kepada diri aku. Apa lagi kalau bukan masak-masak dan makan-makan.
Jumaat malam, lepas balik kerja aku cuba buat kek pisang. Resepi kek ni aku dapat daripada kakak aku masa balik cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni. Kat kampung haritu aku dah cuba buat, jadi elok memandangkan peralatan lengkap. Eeerrr cuma rasanya TERmanis sikit. Itu boleh adjust. Kat sini aku serba kekurangan. Blender pun tak ada. Oven elektrik pun tak ada. Jadi telur dan gula aku pukul secara manual.
Inilah hasilnya kek pisang yang dibuat secara manual dan dibakar dengan menggunakan oven Butterfly saja. Naik cantik kan? Rasa pun sedap.. ha ha ha..
Semalam pula aku cuba satu lagi resepi. Ini aku ambil dari suratkhabar. Tajuknya ialah kepak ayam madu.
Gambar kiri ialah kepak ayam yang sedia untuk dimakan. Gambar kanan pula pinggan ayam dan nasi yang sudah licin.
Jadi, sekarang ni untuk makan kek pisang dan kepak ayam madu, aku tak perlu beli di kedai lagi. Boleh buat sendiri saja. Lagi puas.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
9 comments:
makan tak jemput guaa.. ahahaha..
weihh.. aku akan bawak juga korang mkn kat mamak william's.. semalam gua mkn ngan nuar.. hebat gilaa... ahahahaha
CIK DAUN :
Lu balik kampung kan? ha ha ha..
Mana punya mamak nama William's ni? Okesh nanti kita buat party bujang kat situ la. Amacam? ha ha ha
pos kat aku 2 pinggan
KIMI :
Suruh Miza buat la...
Weh bila nak mai bawak Hanany jalan-jalan KL naik keretapi/bas?
Aku sedang crave masakan rumah. Entri kau pula asyik cerita pasal masak dan makan je. Tersedu-sedu aku kat sini. Huhuhu..
AMYZ :
Alahaiiii..
Tapi nak buat macam mana.. aku sedang dalam mood masak dan makan..
Tak apa nanti balik cuti boleh datang rumah aku makan-makan yach!!
Kepak ayam bermadu? Mukahkahkahkah... at-least...
"at-last-lah!" kata abu zarin.
...ya ya, akhirnya bersetuju juga kau untuk hidup bermadu! Bha bha bha!
NAGA :
Muahaha keji la kau.
Oit ada ka aku tulis bermadu? Aku tulis kepak ayam madu je lah..
Kepak ayam dengan kehidupan sebenar adalah 2 situasi yang sangat berbeza :p
Post a Comment