..::SEGAN::..
Bawa bekal? Aku tegur sorang pegawai di pejabat ketika sama-sama tunggu lif.
Biasa la. Dok KL. Sorang pulak tu yang kerja. Jawabnya sambil merendah diri.
Lagipun sejak akhir-akhir ni kerap bawa kereta. Sambungnya lagi.
Kenapa tak naik LRT? Aku tanya dalam keliru sebab tahu rumahnya tepi tangga stesen LRT saja.
Segan tua-tua ni kena berdiri dalam LRT. Jawabnya sambil sengeh.
*Plop*
Tiba-tiba gambaran LRT Sentul dan wajah uncle Naga yang lebih tua hampir 10 tahun daripada pegawai itu muncul dalam kotak fikiran aku.
Dan aku ketawa dalam hati kerana jawapannya itu.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
2 comments:
Naga yang 'plop' itu bukan dari kategori segan nak berdiri tua-tua.
Dia dah masuk tahap 'nak berdiri pun segan bila dah tua-tua'.
he he
Uncle dah biasa hidup moden - dah biasa berulang alik dari Chiba ke Tokyo, dari Tokyo ke Yokohama, dari Yokohama ke Tokyo, kemudian ke Toyama dalam masa satu hari. Alah bisa tegal biasa. Lagi pun uncle nak kekalkan hidup gaya moden uncle ni.
Post a Comment