..::
ENJOY THE MOMENT::..
Ini rangkuman catatan perjalanan aku balik kampung setelah hampir 5 bulan tak balik..Aku kata mahu keluar rumah selepas Subuh agar dapat tiba di kampung menjelang tengahari dan sambung tidur. Aku bohong sebenarnya. Aku mahu menikmati pejalanan ini. Jadi aku memilih untuk melalui jalan lama Rawang - Ipoh. Hasilnya, aku tiba di kampung ketika jarum hampir mencecah jam 3.00 petang kerana sepanjang perjalanan aku singgah di rumah abang-abang dan adik ipar aku.
Kepulangan aku ke kampung disambut dengan hujan lebat tanpa henti sejak petang Jumaat sehingga la ketika aku nak memulakan perjalanan balik pada petang Ahad. Mujurlah kampung di kelilingi bendang, telaga dan parit. Hujan 3 hari 3 malam pun tidak apa. Kalau di Kuala Lumpur hujan lebat selama 3 jam saja sudah tenggelam bandaraya.
Hari Sabtu berbuka puasa ramai-ramai. Meriah. Lauk yang dihidang mengalahkan menu hotel dengan bayaran berpuluh-puluh ringgit sekepala. Itu la nikmat sebenar berpuasa. Cerita pasal makan, balik kampung punah segala diet aku. Makan nasi saja dah 2 kali sehari belum kuih dan air macam-macam jenis. Jawapannya balik KL mungkin aku tak akan jamah nasi selama 2 minggu.
Kerana terlanggar lubang yang sangat besar dan dalam di Jalan Bercham masa nak ke rumah kakak, semalam RM aku beterbangan sebab tayar terkoyak. Mujur juga tayar tu cuma mengelembung aje sepanjang aku speed dari Ipoh ke KL. Errrkk tak dapat aku bayangkan kalau
(aku bilang kalau) tayar tu meletup kat lebuhraya. Ok sebenarnya dah sampai KL baru aku check tayar tu pun. Lepas kena tu aku tengok tak de apa-apa walaupun dah rasa mesti ada sesuatu sebab hentakan tu kuat sangat. Tapi sebab dah petang dan letih aku terlupa semua.
Kerana ganti tayar, habis lari bajet aku sebulan. Hilang juga semua bajet aku nak beli pasu dan tanah untuk bercucuk tanam. Nampak gayanya kena tanam dalam air dulu la pokok pandan, daun kesum dan lain-lain herba yang aku bawa dari kampung. Maklum saja rumah tak ada tanah, terima lah seadanya.
Hmm.. Walaupun penat, aku enjoy semuanya.. ok selamat kembali ke rutin harian..
* saya teringin nak berbuka puasa dengan awak lah