Lepas beli Tutti Frutti dan duduk sekejap, kami terus jalan-jalan tengok sekitar. Pertama kali datang, walaupun boleh dikatakan hari-hari lalu. Banyak juga designers boutique dalam tu.
Kebetulan di ruang legar tengah ada jualan AKEMI. Singgah sekejap. Beli 1 barang tapi bukan set cadar atau comforter. 2 barang tu sudah tak boleh dibeli buat masa sekarang sebab yang ada belum semua digunakan.
Lepas tu terus cari tempat makan. Kebanyakan kedai tutup jam 10.00. Dan kedai makan buka peluang kepada pelanggan terakhir sehingga jam 9.30 sahaja. Kami ke Kenny Rogers.
Kombinasi hidangan sampingan yang diambil tu membuatkan perut saya rasa sangat penuh. Semuanya berat. Belum campur dengan ayam lagi. Sengkak orang utara kata. Jadi, saya belajar sesuatu.
Alhamdulillah, dapat menikmati hidangan dengan tenang bersama suami. Terima kasih Muhammad kerana tidur dengan nyenyak ;)
Lepas makan, terus balik. Sebenarnya tujuan asal singgah Tropicana City Mall sebab nak pergi Carrefour. Suami nak cari mesin perincih. Tapi lain pula jadinya.
4 comments:
Aku pun tgh cr mesin perincih. tapi nak comel2, hand power untuk kegunaan di rumah. Untuk hobby baru aku.
Owh yer..jadi ke Penang weekend ni?
MUSH :
insyaAllah jadi, tapi plan dah bertukar. 1 malam je, isnin-selasa. nanti aku PM ko
nyenyak nye dia tido...
http://rashatie.blogspot.com
ATIE :
Bila kena aircond, macam tu la..
Post a Comment