Macam yang saya kata dalam entry yang lepas, sebelum ni sorang-sorang belasah saja apa ada. Nak masak atau tidak, tak ada orang peduli. Tapi sekarang semua sudah berubah. Ada insan lain yang saya kena jaga. Dan saya paling jadi tak berapa nak tentu hala bila balik kerja tengok suami dah ada di rumah.
Semalam balik kerja tengok suami sedang tonton TV sambil makan kerepek pisang. Alahai. Terus saya siap-siap kemudian masuk dapur. Bahan semua dah ada sebab asalnya nak buat kuih ni petang Ahad. Tapi tak jadi sebab suami kata tak payah sediakan minum petang.
Kuih yang memang mudah. Semudah ABC. Sekejap saja sudah sedia untuk dihidang. Dalam gambar ni bentuknya adalah tak menentu sebab belum cukup sejuk saya sudah potong. Lagipun kat sini saya tak ada loyang untuk sejukkan kuih. Tuang dalam bekas plastik saja.
Walaupun bentuk tak menentu, tapi rasa adalah sedap. He he he. Sekejap saja saya letak atas meja, kemudian ke dapur semula bila balik tengok bawah tudung saji tinggal pinggan kosong. Terima kasih kepada resipi yang anda boleh dapat di sini. Sila jangan menderhaka dengan resipi. Tapi jika anda seorang yang seperti saya, penderhakaan terhadap resipi masih boleh menghasilkan kuih yang cantik, kenyal dan sedap manis-manis buah.
Selamat mencuba ya.
7 comments:
oh puan madulebah..ada perlu mula membeli apa apa kelengkapan dapur... contoh nya..loyang seperti puan sebut kan... takde dalam koleksi kan....mungkin juga pengukus.... acuan kuih bakar.... dan sebagainya...
ILA :
Sebenarnya saya sudah lebih daripada ada segala kelengkapan itu. Tapi ia semuanya berada di kediaman satu lagi.
Sekian.
Alahai..napak sedap lak kuih tu. nak terai lah. kita pun sker kuih tu, tp tatau la incik asben sker ke tak.
saya pun suka kuih sagu. nanti awak buatkan utk saya yer bila saya bertandang ke rumah awk.. ;)
IDA :
Bukan setakat nampak sedap, tapi memang sedap.. hik hik.. cuba je buat.. belum cuba belum tau suami suka atau tidak...
MYA :
InsyaAllah.. one fine day saya akan buat makan-makan dan jemput kawan-kawan datang rumah
tu kalau letak dalam pinggan besar warna hijau tu nampak lebihhhh menarik tuuu..ehehehe
SUE :
Ha ha ha... sayang lah nak guna pinggan chantek itu...
Post a Comment