Tuesday, January 05, 2010

..::LUNCH@SUBANG PERMAI::..

Ini kejadian hari Ahad lepas. Dalam perjalanan dari kampung, balik ke Shah Alam.

Keluar tol Bukit Subang dah pukul 1.00 tengahari. Sementelah di rumah tak ada bahan yang boleh dimasak ditambah dengan rasa tak berapa nak rajin, kami sepakat untuk singgah makan di Subang Permai. Ada banyak kedai makan di sana. Dan suami memilih untuk makan di Kafe An-Nurs.

Kafe ni pernah dikunjungi oleh Maria Tunku Sabri dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan.

Ada banyak pilihan makanan dan lauk-pauk untuk makan tengahari. Di samping tu, makanan panas atau goreng-goreng juga ada. Tak macam sesetengah restoran lain, makanan panas-panas hanya diberi pilihan selepas jam 3.00 petang atau lewat.


Tembikai laici + nasi goreng cendawan pilihan saya


Suami pula makan nasi goreng daging merah + teh tarik halia



Habis licin kami berdua makan. Mungkin kerana hidangan itu menepati citarasa tekak. Dan paling utama kerana kami memang lapar.

Oleh kerana lapar saya terlupa nak ambil gambar sekitar kafe. Tapi keseluruhannya adalah baik. Pengurusan pun baik. Setiap pesanan terus dimasukkan ke dalam sistem berkomputer.

Dan, saya begitu tertarik dengan kaunter berbentuk buah kelapa di tengah-tengah kafe.



Warna hijaunya cukup menyerlah. Di atas kaunter diletakkan kotak-kotak berisi jeli kelapa muda. Ada juga dulang berisi tapai.

Kesimpulannya, kalau malas mahu masak boleh datang makan di kafe An-Nurs di Subang Permai ni lagi kerana harganya juga berpatutan.

3 comments:

Anonymous said...

saya cuma nak tanya..sampai tak?

madulebah said...

PO :
Sampai. Terima kasih banyak2.

Dari sehari ke sehari nak update kat blog tapi tinggal kat Balakong pulak.

imanamani said...

kebelakangan ini..puan madulebah... update blog dengan sangat simple.....hanya...letakkan gambar sahaja....