Monday, January 25, 2010

..:: CACAMARBA::..

Dah lama saya tak cerita pasal aktiviti masak memasak. Ye lah, sebelum ni masak dan makan untuk tekak sendiri. Jadi apa yang ada belasah saja. Kalau ada bahan dan rajin, buat. Kalau tak diam saja.

Tapi sekarang dah tak boleh macam tu. Petua daripada orang yang dah berpengalaman pun katanya kalau nak pikat suami, pikatlah melalui masakan. Jaga makan minumnya. Kecuali jika suami cakap "U tak payah masaklah harini", selainnya tiada pengecualian.

Dan. Perkahwinan juga adalah perkongsian hidup dengan seseorang yang berbeza dengan kita. Jantina memang lah berbeza. Ini tentang selera makan dan kegemarannya. Walaupun kata suami apa yang ada dia makan, tapi bila suami bertanya: U pandai tak masak mee hailam sebagai contoh, saya perlu berusaha. Masa bujang memang tak pernah buat sebab paling senang ialah masakan goreng-goreng. Campak-campak, gaul-gaul, dah siap.

Selain makanan yang pedas, suami juga suka makanan berkuah. Jadi ini ujian pertama saya. Kerana saya belasah saja apa yang ada dan tumis ikut suka hati, saya namakan ia MEE CACAMARBA.



Resipi? Malulah mahu kongsi. Tak ada yang istimewa melainkan resipi rahsia setiap kali memasak ialah jangan lupa masukkan kasih sayang dan keihlasan secukupnya.

Suami makan dan hirup kuah sampai habis. Sedap la tu kot. Cuma satu saja kata suami; "tak pedas lah". Dan saya sengih saja sambil hirup kuah mee cacamarba ciptaan saya.

7 comments:

Anonymous said...

alahai..

asuHara su said...

tu mesti seronok beno memasak sampai lupa cik abang orng nogori

madulebah said...

PO :
Alahai anak omak

ASUHARA :
Kalau masak pedas ikut tekak dia, nanti saya pulak tak boleh nak makan. Tapi kalau kurang pedas ikut tekak saya dia masih boleh makan..

ha ha ha

ezham said...

Petuanya, sediakan cili padi banyak2. Dan sama ada potong je cili tu letak hidang sama masa makan atau,

bila dah masak, angkat sikit utk org yang tak mkn pedas, dan baru tabur segenggam cili padi kampung.

selamat mencuba! keh keh keh

Amy Z! said...

Hiikhik. Tak apa. Di lain kali, boleh hidangkan potongan cili api untuk encik suami sendiri pedaskan kuah di pinggannya. ;-)

madulebah said...

EZHAM :
Suami saya makan pedas, tapi dia tak makan potongan cili

AMYZ :
Aku sediakan kicap pedas tu je. Letak lah banyak mana nak.

cik puan daun said...

Nyah kau cili potong.. :P