Thursday, January 28, 2010

..::HIDANGAN PADA HARI CUTI SAKIT:::..

Semalam saya cuti. Sakit. Sebab hari sebelumnya saya jatuh. Ada sikit kecederaan dalaman.

Tinggalkan cerita sakit. Sekarang masuk kepada cerita saya yang begitu gembira menyediakan makan tengahari untuk diri saya dan suami. Sebab temankan saya yang sakit, suami pun tak pergi 'pejabat'. Tapi masih bekerja dari rumah.

Kerana mahu balik ke Balakong petangnya dan bercadang mahu balik Parit Buntar hujung minggu, saya cuba mengosongkan bahan-bahan mentah dalam peti ais. Misi bermula.

Apa ada bawah tudung saji??



01. Sotong goreng kunyit campur tomato dan lobak merah. Saya campur juga hirisan 3 biji cili api. Padahnya saya makan sambil rasa terharu. Suami, tenang saja 02. Sup ikan merah. Pun saya campur cili api dan lada hitam 03. Salad (dalam usaha suruh suami makan sayur)



Kemudian saya goreng keropok udang dan suami buat jus oren segar.



Heaven!!

6 comments:

imanamani said...

kasihan..terharu..dah tau tak tahan pedas.... tapi makan juga..buat sup...letak lada hitam campur cili api..kata orang tua..lada hitam memang tak ble sekali letak dengan cili api .....

dah siap ke belum...jatuh....???

imanamani said...

eeh..dah siap pulak..dah sihat????

asuhara sue said...

laaa awk ke yg jatuhh...tp x pe, jep ada skrg...eheheh...

Nida Shaari said...

ILA :
Saja lah nak mencabar diri sendiri..

ASUHARA :
a'ah ade buat melayan karenah saya ni..

Anonymous said...

Aku selalu makan sambil terharu kat pulau ni. Sungguh tak ku sangka org pulau ni makan pedasssss belaka... Huhuhuhu.. owh yer..semoga cpt sembuh n selamat balik kg...

kingbinjai said...

hebat!