Wednesday, January 09, 2008

..::KERANA CUTI::..

Sejak akhir-akhir ni banyak sangat cuti. Ada yang panjang. Ada yang pendek. Ada juga cuti yang bersambung sampai dua tahun.

Sesetengah orang suka bila tiba hari cuti. Macam-macam perancangan dibuat untuk mengisi masa yang ada. Tengok wayang, membeli belah, berkelah atau paling tidak duduk rumah tonton TV, membaca atau tidur saja.

Kerana terlalu banyak cuti sejak hujung tahun lepas hingga awal tahun ini membuatkan aku rasa malas sangat. Malas segala-galanya. Ditambah pula dengan cuaca yang suram-suram saja membuatkan mood malas semakin menjadi-jadi. Berbeza dengan kebanyakan orang yang bersemangat menempuh tahun baru.

Aku perlukan sesuatu untuk menempuh tahun baru ini dengan lebih... Ntah apa perkataan yang sesuai, aku tak jumpa.

Selamat Tahun Baru 1429H. Semoga aku dipertemukan dengannya.

3 comments:

Salina said...

semoga...amin. nida jgn lupa amik aku ngn nett jadi official photographer hang noo..ehehe

Amyz! said...

Hahaha. cuti bersambung dua tahun tu ada sebab kukuh. Haha. :-p

Salam Maal Hijrah Bebeh. Jom berhijrah. :-)

I luv u. muah!

Nida Shaari said...

SAL :
hang salah filem la..

eh, ye la.. sekarang pakai digital, mana main filem dah kan?

AMYZ :
Ya..ya.. aku sedang berhijrah.. kayuh pelan-pelan..