Thursday, January 19, 2012

..::SANA SINI POPCORN::..

Sejak popcorn Garret dibuka di Malaysia, memang ramai yang serbu dan tak lepaskan peluang untuk merasa popcorn yang dikatakan sangat sedap tu. Saya dan suami pun begitu juga. Kebetulan pergi KLCC, kami tumpanglah beratur sama.

Ok memang tak dinafikan memang sedap dan harganya pun boleh tahan bikin pengsan. Apa tidaknya, ada orang tu beli popcorn Garret, tapi tak scan betul-betul senarai harga. Bila nak bayar kena RM36.00 untuk popcorn bersaiz M, tak ke terkejut besar. Tapi sebab bukan saya yang beli, jadi saya selamba saja lah he he he.

Sejak kejadian tu, suami tertanya-tanya dan fikir yang popcorn ni mesti boleh dibuat sendiri di rumah. Tambahan pula bila tengok makcik jual popcorn panas-panas di pasar malam Saujana Utama.

Demi memenuhi keinginan suami tu, saya pun tunjukkanlah kemahiran saya yang tak berapa nak mahir ni. Senang saja pun. Internet kan ada. Maka terhasillah popcorn ikut selera tekak sendiri.


Popcorn caramel batch kedua yang berwarna hijau


Popcorn batch pertama tak sempat nak ambil gambar. Saya buat jenis caramel + pecan nuts. Habis sekali hadap je. Tapi disebabkan esok harinya suami bangun tidur dengan kaki tercengkot-cengkot, saya pasti pecan nuts tu dah trigger gout suami. Jadi kali kedua saya buat tanpa kacang. Alhamdulillah selamat semuanya. Muhammad pun boleh makan sikit-sikit yang tawar.

Jadi, lepas ni memang saya akan buat sendiri saja popcorn sebab boleh kawal tahap kemanisannya mengikut kehendak. Dan sangat mudah dengan bahan-bahan yang memang bahan biasa yang sentiasa ada dalam dapur. 1/4 cawan jagung, boleh dapat penuh 1 tupperware bersamaan 1 beg popcorn Garret bersaiz L. Cuma sekali sekala mungkin nak juga makan Garret, apa salahnya hiks. Tapi kena pastikan buat pilihan yang betul. Semuanya di tangan anda ;)

Babai.. sampai jumpa lagi.

5 comments:

Mya said...

boleh la saya pergi rumah awak rasa nanti :)

Pok Amai-Amai said...

Garret Popcorn tu mcm beli buah berangan. Mahal kemain. Hahahaha!

Popcorn pun boleh je bt sendiri. Ikut citarasa sendiri. Malas dgn rajin je. Kan?

Nida Shaari said...

MYA :
He he he.. boleh.. boleh.. (sambil menunduk muka segan sebab awak je yang datang rumah saya, tapi saya belum pernah pergi rumah awak sejak kawen)

FARA :
Buah berangan mahal ke?? tak pernah beli.. ha ha ha..

Kena rajin sebab husband yang nak.. haha.. lagipun best tau dengar bunyi dia 'pop' 'pop' dalam periuk

cik puan daun said...

Semua pun mahal. Buat sendiri juga yang ekonomikal dan dijamin halalan toyyiban. :)

Anthony Frost said...

That looks yummy. Thanks for the recipe.

prozac linked to birth defects