Friday, December 09, 2011

..::PROJEK PANTAS::..

Tangguh dulu cerita hari keluarga dan Muhammad di wad hospital sebab nak pilih gambar dan buat sedikit suntingan.

Petang semalam Muhammad ada temujanji susulan dengan Paed di DEMC. Kalau dulu jumpa Dr. Ahmad, kali ni kami jumpa Dr. Roliza. Doktor yang sangat cantik, lemah lembut dan memang sesuai jadi pakar kanak-kanak. He he he.

Balik dari Hospital, Muhammad yang menyusu dalam kereta terus tertidur. Sampai rumah lepas letak atas tilam pun masih tidur lagi. Sebenarnya semenjak keluar dari hospital, Muhammad tidur dengan lebih nyenyak. Sepanjang seminggu ni memang dia masih tidur bila saya keluar pergi kerja.

Dengan kesempatan yang ada, saya terus ke dapur untuk buat perkara yang dah lama nak buat tapi tak terbuat-buat walaupun ianya mudah. Bukan la nak masak hebat-hebat sebab saya cuma nak buat mashed potato & 'puff koboi' saja.

Saya guna resipi dari Marliza Radzi dan ubah sedikit mengikut citarasa sendiri. Instead of merebus, saya kukus kentang tu. Hiris kentang dengan ketebalan lebih kurang 1/2cm.



Disebabkan mahu texture kentang kasar sedikit, saya sekadar lenyekkan dengan sudu dan garfu saja. Memang sedap walaupun agak tasteless sebab tujuan utama nak bagi Muhammad makan. Untuk orang dewasa boleh tambah sikit lagi lada hitam dan garam.

Sambil kukus kentang, saya panaskan oven. Dan sambil tu saya buat pula 'puff koboi' resipi Kak Pnut. Ini pun saya dah adjust sikit. Sebab guna sosej koktail, roti prata saya potongkan menjadi 6 kepingan kecil berbanding 4 sahaja.



Sebenarnya bau harum kek atau roti atau biskut yang dibakar sangat menenangkan jiwa. Puff saya buat banyak dan simpan beku. Boleh guna untuk kudap-kudap di masa senggang tak ada benda nak makan. He he he.

Dan, alhamdulillah Muhammad tidur dengan nyenyak sekali dari jam 5.00petang - 8.00malam. Kebetulan cuaca hujan dan sejuk.


Tidur nyenyak macam orang dewasa

2 comments:

Aikido@MushroomCute@Mariea said...

Bukan ke selalu orang kata tidur nyenyak macam baby....huhuhuhu

Nida Shaari said...

MUSH :
Eh ye tak ye jugak kan.. ha ha ha.. tapi sebab Muhammad baby yang tidur tak berapa nyenyak sedangkan mama + ayah tidur lagi nyenyak, tu yang jadi gitu