Suatu ketika dulu saya pernah cerita tentang minat menonton TV yang berkurangan semenjak menghadapi proses untuk mendirikan rumahtangga. Tapi sekarang saya sudah kembali menonton TV. Walaupun tidak setegar dulu.
Kini, saya mula terperasan bahawa ada satu lagi minat saya yang semakin berkurangan. Mungkin ia akan menggembirakan hati suami.
Saya. Kurang minat untuk membeli belah. Tolak membeli belah keperluan dapur. Itu perkara yang memang mesti beli. Ini membeli belah lain. Alaaa.. Beli kain baju. Beli kasut. Beli beg tangan. Malah, saya sedang dalam proses mahu menjual koleksi kasut tumit tinggi yang ada. Lain kali saya buat entry kasut tu.
Berbalik kepada membeli belah, sebetulnya semalam telah bermula Hari Kraf Kebangsaan (HKK) dan akan berakhir pada 8 Mac 2010 nanti. Tapi keterujaan saya menanti kedatangan HKK kali ini tidak pula seperti tahun-tahun sebelumnya. Ada rasa nak pergi sebab mahu cari blouse untuk diri sendiri dan adik ipar. Tapi sekadar itu saja. Lain-lain tidak ada keperluan untuk mengulang kunjung.
Hmmmm.. Apa sudah jadi dengan saya, ya?
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
8 comments:
hmm mungkin perubahan jadual kehidupan seharian.. kerana skrg bukan lagi seorang diri..tapi dah berdua... jadi byk la minat minat yang dulu..tidak lagi menjadi satu keutamaan... adalah perkara lain lebih berkeutamaan...
kalau jep baca entri ni, mesti dia kata: Fuhhh, selamattttttt!
Nida,
Semenjak saya kahwin, saya sudah tidak minat bershopping apa apa. Tudung, baju, kasut, make up, beg tangan hilang begitu saja. Saya cuma beli barang barang di atas bila rosak, koyak, habis guna atau bila nak raya saja. Menonton TV hanya cerita tertentu, saya sangat memilih. Balik kerja dah penat. Balik masak dan mengadap hal rumah tangga pulak. Saya merasa hairan bagaimana jiran jiran saya masih boleh berbual bual waktu petang depan rumah.
ILA :
Itu lah.. Rumahtangga lebih diutamakan..
SUE :
Rasa-rasanya lepas kawen dia dah tak baca blog saya. Rasanya lah.. ha ha ha
KYS :
Memang, balik kerja dah siap2 nak buat minum petang atau makan malam. Dengan perjalanan jauh pergi balik kerja membuatkan badan dan otak pun penat. Jadi lebih baik berehat saja di rumah selepas selesai segala rutin rumahtangga..
Kiranya normal lah apa yang berlaku kepada saya kan.
bila dah kawin, memang byk perubahan. Mmemang banayak pengorbanan yang diperlukan...
perubahan yang saya fikir ada baiknya..memisahkan nafsu yg tak patut dalam jiwa seorang yang bergelar istri..tahniah lah..:)
erkkk..sy igt sy sorang je mengalami simptom da kurang sker membeli belah. rupanya ramai yg lps kawen kurang minat yg satu ini. sy pun kalo masuk soping kompleks rasa mcm jemu je. Perghh! rasa kagum dgn diri sendiri.
By d way - dtg la yer HKK. Kali ni batik mmg byk giler. sy pun tak berkesempatan lagi nak pusing2.
SHIMI :
Dan saya senang dengan perubahan secara semulajadi ini
SYAH :
Terima kasih.. Mungkin dulu ia sebagai pengisi kekosongan
IDA :
Hahaha.. batik yang beli tahun lepas pun belum jahit.. tapi mungkin pada satu hari yang permai, saya akan pegi jugak
Post a Comment