Monday, February 22, 2010

..::KISAH LAMA DAN KEGHAIRAHAN BERFACEBOOK::..

Facebook mencetus satu fenomena baru. Bukan setakat orang biasa, malah Menteri juga seorang demi seorang melancarkan laman Facebook masing-masing. Mungkin menyahut saranan YAB PM yang lebih dulu melancarkan Facebook beliau.

Bagi Menteri, melalui Facebook mereka akan lebih dekat dengan rakyat. Bagi rakyat, Facebook menemukan mereka dengan teman-teman yang sudah terputus hubungan. Malah kawan-kawan yang berbelas tahun terpisah, bertemu kembali melalui Facebook.

Bertitik tolak dari pertemuan semula itu, masing-masing ghairah mahu mengimbau kenangan lama. Gambar-gambar yang ntah sebelum ni tersimpan dalam gerobok dikorek kembali, diimbas kemudian dimuat naik ke laman Facebook. Dipaparkan kepada khalayak. Dan, dalam keghairahan itu, habis semua gambar dipaparkan termasuk gambar-gambar tidak menutup aurat yang dirakam ketika di dalam dorm asrama.

Seperti menulis blog, berfacebook juga mengikat kita dengan tanggungjawab kepada pihak lain. Tanpa kita sedar, jika mahu memaparkan sesuatu gambar, keizinan perlu diperolehi daripada pihak lain dalam gambar berkenaan. Lebih-lebih lagi jika gambar itu tidak menutup aurat. Jika diizinkan, terima kasih diucapkan. Namun jika keizinan terhalang, kehendak dan pendirian rakan seharusnya dihormati.

Saya tahu ada orang yang tak kisah dengan semua itu. Macam ungkapan yang popular sekarang ni "Ada aku kisah??". Tapi bagi saya, saya memang ambil kisah tentang perkara ini. Dan saya sangat ambil serius. Mungkin sebenarnya gambar tu dah lama ada berdasarkan tarikh yang tertera. Cuma saya saja yang tak tahu kalau bukan kerana ada kawan lain yang tag wajah saya. Sebab kerja saya bukannya menghadap Facebook siang malam kemudian buka satu-satu profile dan album gambar semua rakan.

Secara jujur saya sangat terkilan. Kadang-kadang kita sangka kawan yang kita anggap sahabat itu memahami kita, rupa-rupanya tidak. Begitu juga sebaliknya. Maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan luahan ini. Saya sudah hantar mesej peribadi melalui laman faceebok, namun saya anggap permintaan saya dipandang sepi kerana sehingga kini gambar berkenaan masih ada di situ.

Saya bukan mahu cari lawan, sebaliknya mahu berkawan. Mahu terus memelihara ukhuwah yang sudah lama terjalin. Namun jika perkara sebegini tidak diperbetulkan dan masih berterusan tanpa sebarang perubahan, bimbang nanti ia akan berakhir bukan seperti yang kita mahu.

Dan. Dalam keghairahan berfacebook, jangan lupa tanggungjawab yang ada.

7 comments:

nizamsani said...

dalam group sekolah.dapat tengok gambar-gambar perempuan tak menutup aurat dalam asrama.

Umar Abdul Aziz Bin Hj Mohd Affandi Bin Abdul Rahman said...

Aslkm,5 tips percuma untuk hasilkan tajuk artikel blog anda dengan baik ? (Sila klik sini http://tolongsenyap.blogspot.com)ok bye

Amy Z! said...

org mmg tak sensitif tentang perasaan org lain.

SHIMI said...

mungkin terlalu ghairah nak kongsi kenangan lama kot. Terlalu ghairah nak share dgn kawan2 yg lama dah tak jumpa. Terlupa pulak tentang hal-hal sensitif sebegitu...

kingbinjai said...

oh walaupun saya lelaki tapi saya sgt10000000000000X setuju ngan anda.

CIKGU ZAM said...

kadang-kadang saya lihat sekarang ramai insan (lebih2 muda mudi) yang semakain lalai dengan kehadiran facebook ni, mereka jadi ketagih, dan pergaulan pun jadi teruk. Ada yang dah jadi "hamba facebook" dan sampai melalaikan tanggujawab yang wajib. sedihh sangat2. Walaubagaimanapun tahniah kepada yang tidak lalai dan menggunakan laman sosial utk kebaikan.

Rin said...

sy pun ada insiden cam ni.. mujur, pas sy anta msg dia mnta maaf & delete.. tp apa nk buat.. terlajak gmbr da penah publish..tp sbb dia mnta maaf tu kira sejuk aa hati..