Friday, February 05, 2010

..::DAH LAMA TAK TULIS ENTRY PANJANG::..

Hari Rabu baru-baru ni saya cuti sakit. Lagi. Minggu lepasa, hari Rabu pun saya cuti sakit juga. Kenapalah? Baru bulan kedua tahun 2010 tiba-tiba sudah 2 kali saya ambil cuti sakit. Sangat tidak seperti saya. Kerana sebelum ni sudah bertahun-tahun saya memegang rekod bekerja tanpa pernah mengambil cuti sakit. Oh, ia tiada kaitan dengan status semasa saya.

Sebenarnya ia rentetan (wah!!) daripada kisah saya jatuh tempohari. Sewaktu ke klinik kali pertama, doktor (swasta) pesan jika sakit tak berkurangan selepas 3 hari sila datang semula untuk buat x-ray. Memang sakit tak berkurangan. Walaupun sudah habis ubat yang diberi saya makan. Sudahlah satu daripada ubat tu sangat mengantuk dan boleh menyebabkan saya tertidur pengsan tak sedar apa.

Memandangkan saya kakitangan Kerajaan, jadi saya bercadang mahu menggunakan kemudahan yang diberi. Jadi saya ke Hospital Sungai Buloh sana untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Hospital Sungai Buloh sangat cantik dan kalau tak salah saya ia di antara hospital yang canggih. Cuma yang saya tak larat, lobi hospital berada di kawasan tanah tinggi. Jenuh juga memanjat. Asalnya kaki tak berapa sakit pun jadi bertambah sakit. Parking pula sangat penuh dan terpaksa letak kereta di tempat haram yang jauh kena mendaki.

Bila tiba di kaunter pertanyaan, saya dikhabarkan oleh kakak pengawal keselamatan bahawa hospital berkenaan tidak menerima pesakit luar. Mereka cuma menerima kes yang dirujuk. (Macam tu pun ada ye?). Lalu saya diminta untuk ke Klinik Kesihatan Kampung Melayu Sungai Buloh. Dalam kepala otak saya dan suami sudah terbayang suasana yang tidak seronok. Saya rasa semua orang ada ekspektasi tentang perkhidmatan yang lambat dan keperluan menunggu tahap begitu lama sampai tak tahu nak buat apa. Tapi kami lapangkan juga hati dan menuju ke destinasi seterusnya.

Sampai di kaunter pendaftaran. Ambil nombor dan letak kad pengenalan. Sila percaya bahawa nombor saya ialah 1287 dan nombor semasa ialah 1191. Manusia melaut. Berbagai bangsa agama dan usia kelihatan. Menurut piagam pelanggan yang dilekatkan di dinding, tempoh menunggu untuk pendaftaran ialah 15 - 20 minit. Manakala tempoh untuk mendapatkan rawatan ialah 30 - 45 minit. Jumlah keseluruhan ialah 1 jam.

Tapi janganlah kamu berharap sangat untuk selesai semua tu dalam tempoh satu jam. Pendaftaran mungkin boleh selesai dalam masa 15 minit. Tapi masa menunggu untuk berjumpa doktor boleh menjangkau 2 jam. Daripada ruang lobi pendaftaran dipenuhi manusia, sampai lah selengang alam. Daripada kamu sabar menunggu sambil dengar dengan teliti nombor dipanggil sampailah kamu bosan kerana asyik dengar nombor yang kemudian daripada kamu dipanggil untuk rawatan di bilik-bilik lain. Asalnya kamu duduk dan menikmati masa terluang bersama suami, sampailah suami kamu bengang dan bangun. Pergi tanya pekerja yang asyik ulang alik dari kaunter pendaftaran ke bilik rawatan bawa kad pesakit, kenapa nombor belum dipanggil dan bagaimana sistem sebenarnya.

Lama kemudian baru nombor dipanggil. Doktor tak pegang pun kaki saya. Tapi mulut pot pet pot pet itu ini. Katanya tak patahlah. Sikit saja. Tak lebam pun. Bla bla bla. Dan sebenarnya tak payah x-ray. Nanti terdedah kepada radiasi. Bahaya kepada wanita yang disyaki mengandung seperti saya. Hmmm entahlah. Tapi kenapa kaki saya tetap sakit?

Sebab saya nak juga x-ray, doktor mengalah. Pergi bahagian lain untuk x-ray. Tunggu keputusan. Kemudian bawa balik kepada doktor tadi. Lepas tunjuk doktor keputusan x-ray dan pot pet sikit-sikit, doktor bagi cuti sakit. Doktor cuma bagi ponstan dan ubat kurangkan bengkak. He he he.. saya tak makan pun lagi. Degil.

Untuk pengetahuan semua, masa yang diambil bermula daripada pendaftaran sehingga saya ambil ubat di farmasi dan berjalan ke kereta untuk pulang ialah 3 jam. Sila percaya sekali lagi. 3 jam.

Dan. Saya syak piagam pelanggan itu sekadar mahu menyedapkan hati dan pelengkap KPI mereka. Itu saja.

8 comments:

imanamani said...

puan madulebah ...itu kira ok ..saya pernah bawa Iman... tunggu dari pukul 10 pagi hanya di periksa dekat pukul 4 sehingga iman tertidur atas kerusi di tempat menunggu.....

Mya said...

ermm.. susah jugak kalau begini yer..

StingRay said...

ok lagi tu.

pernah pegi hospital lepas eksiden....tunggu turn 4 jam.Tangan dah sakit,tak leh genggam langsung.

masuk check..keluar semula.

masuk sekali lagi...kemudian pergi ambil ubat.

doc cuma bagi panadol.

best kan?

Amy Z! said...

hidup ini terlalu banyak dihabiskan masanya dengan menunggu nombor giliran untuk perkhidmatan..

asuHara su said...

itulah masalah klinik2 negara kita. panjang ceritanya, makanya kalau anda menghargai masa, maka korbankanlah wang!

madulebah said...

FAZILA :
Memang haritu pun ada mak yg bawa anak demam, anak sampai terbaring di kerusi

MYA :
Itu lah.. Jadi macam kalau nak servis bagus, sila kumpul duit untuk pergi hospital/klinik swasta

STINGRAY :
Mak aih!!! Itu lagi sakit!! luar dan dalam

AMYZ :
Itu lah kan..

ASUHARA :
hidup memang perlukan pengorbanan

kingbinjai said...

saya percaya

ili syazwani said...

saya pun percaya.