Thursday, November 19, 2009

..::MINGGU-MINGGU TERAKHIR BERGELAR CIK : MENGASAP DAPUR::..

Sejak lepas Ramadhan, dah lama sangat rasanya saya tak masak-masak. Sampai kadang-kadang kesian juga dengan dapur saya yang tak dijenguk. Bukanlah saya tak makan. Tapi makan sekadar sajalah. Tidaklah saya beriya menumis segala.

Semalam entah kenapa tiba-tiba saya rasa mahu masak. Lagipun hujan lebat sangat di luar. Nak pergi pasar malam pun tak berselera. Kalau ikutkan tekak memang dah lama sangat teringin nak makan kari ikan bawal + bendi. Tapi tu lah. Bila hujan nak bergerak pun jadi malas.

Jadi kerana nak juga makan kari, saya guna sajalah bahan yang sedia ada di rumah. Maka, terhasillah hidangan ini.


::kari sardin + roti canai::


Cukuplah sementara mengisi tekak saya seorang.

2 comments:

kroll said...

Salam ... kalau masak tu ingat2lah org kt sini ... keje kt tpt lama lg ke ... dah lama x dgr berita ... tetiba dah nak bergelar Puan / Madam ...

Unknown said...

Gambar itu bukan dari pasar malam ya? :)