..::AKU TAHU KAMU TIPU::..
Semalam. Aku pergi pejabat pos di Medan Tuanku. Orang ramai bukan main. Ini tak lain tak bukan mesti mahu tuntut subsidi minyak. Tak apalah. Aku cuma mahu beli sampul ekspres untuk pos t-shirt blogger.
Di kaunter yang dijaga oleh anak muda bergaya macam model minyak rambut 'masih terpacak' itu, aku minta 2 sampul ekspres saiz A4 dan satu lagi kotak ekspres saiz A4. Kata anak muda itu, yang kotak tidak ada. Untuk kepastian sendiri, aku bertanya sama ada stok sudah habis atau bagaimana? Katanya memang selalu tak ada. Ok. Aku minta sahaja yang biasa.
Bila dah tulis alamat, baru sedar yang aku memerlukan satu lagi sampul ekspres. Kali ni aku ke kaunter yang dijaga oleh adik manis berstatus pelatih. Sekadar mahu mencuba nasib, aku tanya jika ada kotak ekspres saiz A4. Agak terkejut bila adik manis jawab ada dan bertanya sama ada aku mahu kotak itu.
Oh apakah ini? Seorang kata tidak ada, seorang lagi jawab ada dan terus memberi tawaran. Aku mula syak, anak muda bergaya model itu malas mahu mengambilnya di dalam bilik simpanan. Dan adik manis itu benar-benar menunjukkan bahawa dia seorang pelatih yang cekap.
Mungkin anak muda bergaya model tidak sedar perlakuannya boleh memberi kesan terhadap reputasi perkhidmatan pos di cawangan itu, seterusnya tanggapan pelanggan terhadap beliau sendiri.
Dalam jarak satu kaki pun, macam-macam hal boleh berlaku.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
9 comments:
ko pi balik tak kat mamat rambut tercacak tu? tunjuk kat dia, nih apa ni dik? pehtu campak kotak tu kat muka dia. baru nampak tragik sket. hahahha...
tapi kalau aku, aku akan pi balik kat mamat lelaki tu. dan sound dia.
"dik, macam mana kotak ni boleh ada? tadi bila akak tanya, kata takde?"
musti mamat rambut tercacak tu terkumat kamit.
taim ni, ko sumbat mulut dia dengan kotak. hahahhaha
Ya. Ya. Boikot saja pejabat pos itu. Ambil gambar dan letak di blog agar semua orang tahu mereka tidak menawarkan perkhidmatan yang memuaskan serta menipu pelanggan. Boikot! Boikot!
NETT :
Kalau nak buat macam tu, aku tak boleh panggil dia adik.. Kena panggil dia abang.. ha ha ha
AMYZ :
Ha ha ha.. ya kan.. patutnya aku tunjukkan yang aku nak pos itu adalah baju cap Blogger. Sekarang Blogger kan berkuasa..
sepatutnya sound jer. dia ingat kecik2 idiot ke?
kuasa membeli di tangan kita, lepas tunjuk kuasa kau untuk post tshirt blogger tuh cakap sama dia, tau dak, from a single post kau boleh ajak orang ramai boycott postoffice dia dan bukan kau sorang saja?
*evillaughters*
-ika-
dia dah kembali. setelah lama hilang. apsal dia hilang dan kembali? dia gila agaknya. aku pun agak. Aku Isteri dan Anak
IKA :
Dia bukan pengurus cawangan.. Dia cuma lelaki yang jaga kaunter saja.. Dan aku juga syak dia tak berapa suka agaknya dengan kerja-ya dia tu..
Lagipun mood aku bulan ini bukan marah-marah..
POAD :
Ha ha ha.. kau sendiri tanya.. kau sendiri jawab..
Anyway, selamat kembali
aku syak dia malas nak bongkok2.. takut rambut hilang pacak...
TASIK :
ha ha.. alasan apakah itu.. baik jangan kerja jaga kaunter
Post a Comment