..::PANDANGAN MATA KITA BERBEZA::..
Tok Rimau kata avatar adalah wakil visual tuan punya blog. Personaliti penulis boleh di'baca' melalui avatarnya. Itu kata Tok Rimau.
Bagaimana pula dengan pemilihan template, skin dan banner?
Secara jujur semasa aku pilih template baru ni, aku hanya pilih saja. Atas dasar ia ringkas, tidak sarat dan menarik. Tidak ada maksud lain. Sama ada yang tersirat atau tersurat.
Tetapi bila ada yang memberi komen mengatakan bahawa ia membawa maksud tertentu, maka otak aku ligat berputar dan memikirkan segala macam makna tersirat di sebalik banner yang dipaparkan. Maka, mentol-mentol di atas kepala mula mengeluarkan cahaya.
2 biji balang kaca dengan saiz yang berbeza. Balang saiz kecil dipenuhi dengan ikan emas. Berasak-asak. Balang besar pula hanya ada seekor saja ikan emasnya. Nampak seperti ia baru melompat dari kelompok yang padat itu.
Ia sangat subjektif. Bergantung kepada persepsi dan pandangan masing-masing. Mungkin juga boleh dianggap bahawa yang seekor itu mewakili aku, yang mahu keluar dari keadaan dan suasana yang sungguh menyesakkan.
Atau lebih mudah: dalam banyak-banyak ikan, pilih saja satu. Anak ikan.
Har har har
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
10 comments:
kami tak terfikir apa pun. cuma kami rasa, ikan2 emas itu sgt kiut.. :D
aku ingin berimaginasi...
aku bayangkan... ikan yang seekor itu adalah kamu.... dan kamu sebenarnya sedang menunggu seekor ikan lampam utk menemani kamu di situ.... :P
wehhh..... anak ikan jangan aaaa.... rentikan.... :P
MYA :
ha ha ha.. kami pun suka sebab dia cute. Dan warna emas tu masuk sangat dengan latar putih
TASIK :
Weh ikan lampam mana bisa bergandingan dengan ikan emas..
Kasta lain ar.. ha ha ha
Tak boleh ke anak ikan? Kalau goreng garing-garing, sedap wo!!
sukakan ikan pegun dan ikan hidup lain juga maksudnya.
Sukakan anak ikan lagi lain. Ehek!
Yang sedang tunggu ikan tu melompat ke balang ikans ialah...
SINAGANAGA
“BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU”
pandangan sy plak..org miskin anak ramai.. org kaya anak sorg..hehe
AH TOK :
Ya. Satu perkataan tapi boleh memberi banyak makna.
Indahnya Bahasa Melayu. ha ha ha
NAGA :
Hoh kalau si naganaga yang melompat masuk situ, abeh la pecah balang.
"ILMU SULUH HIDUP"
ARIN :
Wah!! itu boleh diterima pakai juga
bkn takat rmbt, mata skrg ni pun dh mcm2 kaler...haruslah view nye pun berbeda gitu
very nice banner. kreatif btul la sapa yang buat nih ^-^
FAIZAH :
waaahh itu awak lah ye.. yang pakai mata warna warni
NA :
Ya.. saya selaku kagum dengan designer..
Post a Comment