Thursday, June 12, 2008

..::DILEMA RAKYAT MALAYSIA: PEKERJA KERAJAAN::..

Gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan mulai Ogos: PM

PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi sepanjang tahun ini, manakala gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, mulai Ogos.


Bayaran ansuran gaji kakitangan awam pula bagi membantu pengurusan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga minyak. Potongan seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilakukan dalam pembayaran separuh kedua gaji pada hujung bulan.


berita penuh di sini

Ntah apa yang ada dalam fikiran orang yang buat keputusan itu. Jika gaji yang diterima itu beribu ringgit macam mereka terima, tidak apa lah. Tapi bagi kakitangan gred 1 - 11 yang mungkin purata pendapatan bersih sebulan adalah kurang daripada RM1000, keputusan ini akan lebih membebankan. Ditambah lagi jika ada anak isteri yang perlu ditanggung. Sangat kasihan.

Isnin lalu, diumumkan bahawa 10% daripada elaun keraian yang diterima menteri akan dipotong bagi mengurangkan kos. Apalah sangat 10% itu jika nak dibandingkan dengan apa yang mereka dapat. Tak luak langsung.

Jika dulu, ibu bapa seakan bangga bila memberitahu anak menantunya bekerja kerajaan. Tapi tidak lagi kini. Semua orang menyumpah-nyumpah dengan kerajaan.

12 comments:

Ron97 said...

baca betul betul

10% dari elaun KERAIAN
ELAUN KERAIAN
bukan elaun menteri
:P

Tok Rimau said...

barang makin naik. Gomen berjimat. Swasta tak dapat projek. Orang kena buang kerja. Anggur banyak.

Kerja gomen juga yg stabil. Kaya idak la tapi masih ada job.

Nida Shaari said...

RON97 :
Ya. Elaun Keraian. Tengok la pecahan sebelum dan selepas potongan 10% ni.

Elaun Keraian (sebulan)

PM:
Sebelum RM18,865
Selepas RM16,978.50

TPM:
Sebelum RM15,015
Selepas RM13,513.50

Menteri:
Sebelum RM12,320
Selepas RM11,088

Timbalan Menteri:
Sebelum RM6,000
Selepas RM5,400

Itu belum lagi elaun pemandu, elaun pembantu rumah, kereta, petrol, smart tag, bil pelbagai dll..

Ron97 said...

kita ambik menteri saja
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah RM55,650
tolak 10% elaun KERAIAN = RM1050
Jumlah = RM54,600

Nida Shaari said...

TOK R:
Maaf, saya tidak terlibat dengan projek yang dijalankan oleh Kerajaan

RON97 :
Waaah.. hang buat pendedahan kat sini?

Habis la nanti blog aku kena ban

tasekM said...

lepas tu saran swasta plak ngikut jejak langkah tu... weh.... swasta dah lama buat aaa.... aku dah lama bayar gaji pekerja2 aku 2 kali sebulan.... kerajaan baru nak merasa susah... swasta ni dah lama dah merasa tak senang....

ron97... baguih pendedahan tu...

Nida Shaari said...

TASIK :
A'ah kilang pun dah lama buat macam tu.

Tapi kawan aku cakap kalau bayar ikut minggu lebih menjaga kebajikan pekerja..

Ntah. Aku belum jadi boss.

Insyirah said...

akak po tak setuju dgn STUPIDLAH idea gaji 2 kali sebulan ni, mabuk apa pak2 menteri ni? tak abis2 nak susahkan rakyat.

j.a.r.i. said...

kembalikan Kerajaan ku yg dulu!!!

Kemat said...

depa ikut pendekatan bayar sebelum peluh terakhir kering...

AL-BIMA SAKTI said...

mujur dua kali sebulan, aku ingatkan dua bulan sekali... naya...

Nida Shaari said...

INSYIRAH :
Tu la kak. Kalau gaji RM10k++ xpe la gak nak bayar separuh-separuh.

Ntah apaLAH lagi idea yang akan dilontarkan nanti.

FAIZAH :
Kerajaan apa?? Yang mana? Kat negeri kau kah?

KEMAT :
Ha ha ha.. aku rasa dia tu patut pergi lawat dan duduk kat loji yang kau jaga kot

ILHAM :
Buat la kalau nak rakyat bakar istana dia tu