..::DILEMA RAKYAT MALAYSIA: HARGA MINYAK NAIK::..
Mulai tengah malam tadi, harga minyak naik 78 sen seliter, menjadikannya RM2.70 seliter. Dan pagi ni semua orang bercerita tentang minyak.
Lepas ni, jangan terkejut kalau kereta kecil pun nak isi minyak penuh boleh cecah ratusan ringgit. Gila.
Ok. Kerajaan kata akan bagi bayaran tunai kepada rakyat. RM625 setahun. Cukup untuk apa sebanyak tu? Cukup untuk 12 kali isi minyak selama setahun sahaja.
Nanti akan keluar lagi kenyataan: "Harga petrol naik, tetapi rakyat tetap isi minyak". Tak ke bodoh namanya tu. Habis mahu isi kereta dengan minyak apa? Minyak masak? dengan air?
Kata Kerajaan lagi, marilah kita ubah cara hidup.
Ya.. ya.. marilah kita ubah cara hidup.
Mereka yang berpangkat besar dalam Kerajaan Pak Lah, sila isi minyak guna duit sendiri. Bukan dengan duit rakyat. Sila lah beli barang dan makanan sendiri bukan guna duit elaun. Sila juga bayar duit tol sendiri, bukan guna smart tag yang dibiayai menggunakan duit rakyat. Juga, marilah makan ubi macam yang kerajaan sarankan. Tiada lagi keraian-keraian di hotel-hotel mewah yang dibiayai juga menggunakan wang rakyat.
Lepas ni tak ada lah batik sutera. Hanya baju kain cotton yang semeter belas-belas ringgit saja ya.
Dan. Malaysia kini sedang menuju ke arah negara maju yang semakin menindas rakyat.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
21 comments:
Bungukkkkk!!!! lah dorang nih!
Jom makan pasir je lahhhh!!!
nak marah2 pun tak gona! tiada gonanya lagi hidup di sini.. huhuhu..
Saranan itu harus ditujukan kepada satu jabatan kerajaan yang menggunakan kuasa seperti kuasa NAZI....KUASA DIKTATOR!!!!
Menggunakan duit rakyat untuk kepentingan dan kesenangan diri...
Agak²nya, nnt DISANA kuat sungguh dia memikul segala bebanan yang dibuat sewaktu hidup ini kan????
HANYA TUHAN SAJA YANG MENGETAHUI SEGALANYA....
T shirt untuk Senam Seni - buat dari fabrik yang nipis2 dan jarang2 je, beb!
Seksi!
RM625 setahun = RM52.83 sebulan. huhuhu...
hahaha.ikut ayat kat tiwi semalam, tulis, kena ubah GAYA hidup.
Gaya kejadah, kalo hanya mampu naik proton saga, bukan berGAYA namanya, nak ubah pi mana lagi.
AMYZ :
Kalau la pasir tu boleh dimakan, makin ramai la orang yang dok curi pasir.
ha ha ha
GEE :
Yang tu orang tak sedar diri. Tunggu saja balasan
NAGA :
Ye lah.. Baju kaler putih, cap hitam. Murah.
Weh bila nak jumpa, mau bagi baju senam seni tu.
MYA :
Cukup 1/2 tangki saja..
CUKIMI :
Sebab tu lani kat tv dah tak dak tayang iklan yang tagline dia "GAYA, MUTU, KEUNGGULAN"
Weh Proton kereta Malaysia. Kena la bangga.
Ha ha ha
aku baru nak ubah cara hidup ( dari bujang ke berkelamin).. dia suruh aku ubah cara hidup lagi?? ahahahah
baru dpt tau kata yg rm625 tu dibyr sekali shj? hoh??
DAUN :
Bila kau ubah cara hidup dari bujang ke berkelamin, bermakna pendapatan isi rumah kau akan bertambah. Jadi dia kata tak ada masalah lah.
ha ha ha
MYA :
A'ah. Bayar sekali saja.. hujung tahun
Hapuskan citrawarna. Membazir.
TOK R :
Tok, Citrawarna Kementerian Pelancongan yang buat yach!!
Ha ha ha
blog saya pun ade tulis pasal minyak naik ni..,...memang kerajaan menyusahkan rakyat kan...yang miskin bertambah miskin...yang kaya bertambah kaya....nice blog...jemput ziarah ke blog saya ke di www.inspirasihana.blogspot.com..thanx..boleh kita berkongsi pendapat dan masukkan dalam members link (",)
hih..hih... madulebah ni... jangan le naik mimyak lak. apa leh buat, tima ajelah kalau nak hidup dalam malaysia nih. bukan negara maju yang makin menindas rakyak... tapi negara maju yang boleh membebankan rakyat..
nida, mahal juga tu baju cotton semeter belas2 ringgit. Aku selalu beli kat jalan tar kain yg RM25-40 (4 meter) jek. Huhu.. Dah tu lepas ni aku nk tukar pakai baju apa plak yek? Huhuhuhu.. Kena kuruskan badan pastu pakai semula baju2 lama masa zaman kurusla gamaknyer.. huwaaa..
HANA :
Macam yang disarankan: kena ubah gaya hidup la.. ahaha..
Kurangkan berbelanja di luar.. kalau ada pokok yg kita boleh tanam sendiri, baik tanam aje.. macam ulam-ulam tu..
ILHAM :
Tak guna gak naik minyak bila minyak naik. Kena redha je lah.
Rasanya UAE adalah contoh negara maju yang tak membebankan rakyat agaknya?
IDA :
Cadangan kuruskan badan untuk membolehkan pakai semula baju yang dah tak muat adalah lebih baik daripada beli baju dengan ukuran baru.
he he he..
aku sangat bengang bila shahrir samad dia kata tak rasional potong elaun menteri..
marahnya aku
ko tulis sikit pasal ni
yela kalau elaun diorang mmgla tak sampai 1 bilion pun
tapi cuba plus dgn semua kemudahan yang diorang dapat serta ambik kira diorang bayar tol and duit minyak tak????
MARAHNYA....!!!!!!!!!
FATMA :
PM dah umumkan elaun Menteri akan potong 10%.. Diulangi, 10%
skrg ni ura2 mengatakan suruh amalkan recycle.hurmm...bagus! tapi knapa skrg meh?? dulu pun mmg dh ada tp knapa tak kuatkuasakan btol2??
skrg ni kalau buat OT nk mamposss pun tak blh claim duit..kna claim cuti gantian. ok..fine!! tapi kalau dh cuti rehat yg diperuntukkan tiap2 tahun tu pun seksa bos nk diluluskan, apa kejadahnya dgn cuti gantian sgala ni??
dan lagi, kalau pun btol nk ptg elaun menteri 10%..apa la sgt dgn nilai 10% dr gaji dorng tu. tak luak pun! sy sokong penuh kata2 madulebah...bil air, bil letrik umah sila bayar sendiri okayy!!
*yg kita nampak, yg x nampak....??
FAIZAH :
Rasanya di Malaysia ni, buat lah apa kempen sekali pun, sambutannya sangat dingin.
Mujur kat sini belum lagi ada arahan mengatakan tak boleh tuntut elaun lebih masa. Cuti? Yang tahun-tahun lepas pun tak luak lagi.
Sepatutnya tak perlu langsung pun elaun itu ini untuk diaorang tu. Gaji saja dah cukup utk tampung perbelanjaan.
Ntah. Dah diaorang yang memerintah.
lepas ni aku nak tengok pak2 menteri p kerja naik motor... aku tersangat nak tengok... atau kongsi kereta seperti yang disarankan...
dan pak2 menteri juga kena makan ubi kayu... bersama2 rakyat...
kita disuruh ubah cara hidup... depa nak ubah tak??????
TASIK :
Kepimpinan melalui tauladan lah kan? Sepatutnya
Post a Comment