Wednesday, March 12, 2008

..::JALAN-JALAN CARI MAKAN::..

Tadi. Lunch dengan Bayan. Yang comel. Mula-mula nak makan di Laksa Shack. Bangsar Village. Rupa-rupanya restoran tu dah tak wujud di sana. Ketinggalan zaman sungguh kami ini. Untuk tidak menghampakan diri, kami pun berangkat ke Bangsar Village II.

Di Bangsar Village II kami ke Restoran Suchan. Maria Tunku Sabri pernah makan di sini dalam salah satu siri JJCM.

Ini adalah apa yang aku makan.

Ada top hat sebagai appetizer dan Laksa Thai sebagai hidangan utama.



Ice Lemon Tea dan chocolate brownies. Ada satu kejadian lucu tentang Ice Lemon Tea itu. Tapi biarlah kami berdua saja yang tahu. Ha Ha ha..



Pada aku, restoran ni best. Pelayannya berbudi bahasa. Dan kita boleh menikmati hidangan dengan selesa. Makanan boleh tahan. Kuah laksa yang aku makan sangat pekat. Terasa ikannya. Harga makanan mengikut set pun adalah dalam lingkungan kemampuan. Ahaks.

Paling aku suka ialah ayat-ayat menarik pada menu yang disediakan. Eerrr sungguh yummy ayat-ayatnya. Ha ha ha. Tapi tak ada gambar untuk ayat-ayat yummy itu.

TQ Bayan sebab sudi lunch dengan aku. Nanti kita shopping sama-sama pula ye. *wink*wink*

Ada pakcik botak yang cemburu kata kami teruk kerana pukul 2.45 baru masuk pejabat semula. He he he.

4 comments:

Layla Haq said...

"air ni untuk apa"
"eh manis la"

hahahahhahaha....shhhh, anyway, thanks jugak sebab terus setuju kuar tanpa fikir panjang.

Tok Rimau said...

kalau u mampu, I pun mampu. Sebab you yang nak belanja I. kan?

rasso said...

huhuhu...

lapo plak... hujan tak henti turun..

Nida Shaari said...

ZALILA :
ahaha.. Mula-mula I ingat tu sup tau tak..

TOK R:
U ni tak gentleman langsung!! Malas la I nak keluar dengan U lagi

LAN RASSO :
Ajak la Tok R pergi Burger King.. hik hik hik..