Wednesday, March 26, 2008

..::KALAU LANGGAR, TAK ADA SIAPA YANG UNTUNG::..

Cuaca mendung. Perjalanan agak lancar. Aku menahan kantuk. Mungkin sebab ice blended cream chips yang aku minum sebelum pulang.

Depan Sapura. Ada kereta keluar. Aku bagi jalan. Kereta bergerak bumper to bumper sebab mahu naik ke susur flyover. Aku masih di belakang kereta tadi.

Semakin lama mengekori, aku jadi hilang sabar dengan perangainya. Lemah gemalai nak mampus. Berduyun-duyun kereta lain memotong barisan dan mencuri masuk di hadapannya. Aaarrgghh!! Mahu saja aku langgar buntut kereta bernombor plate CB* 7*60 itu. Tapi aku masih waras. Kalau langgar harus aku yang salah. Walaupun memang itu niat aku.

Sambil cuba hiburkan hati, aku juga menyumpah-nyumpah pemandu itu. Huh! Dasar pemandu perempuan. Slow!! Lembab!! Penakut!!

Eh, aku pun pemandu perempuan juga. Tapi aku dalam kategori lain ya.

5 comments:

KiMi said...

dengan rekod melanggar beberapa buah kereta dalam masa dua minggu dan jugak dinding pasaraya Hiong Kong..hang dalam kategori rabun.hahaha

Nida Shaari said...

KIMI :
Oit! oit! itu rekod lampau ar.. Rekod baru masih bersih dari sebarang kemalangan..

eeerrr tapi tidak bersih dalam rekod saman hadlaju.. ha ha ha

Salina said...

aa..ice blended cream chip? mcm pernah dengar je tu? wakakaka

Nida Shaari said...

SAL :
Ya la.. aku tau la hang yang introduced..

Yana Ismail said...

Macam2 kategori pemandu perempuan. Kalau yang slow,memang slow btol:p.