..::ISI BEG TANGAN/PURSE/WALLET::..
AMARAN : Entri ini sangat panjang.
Ada seorang lelaki botak telah tag aku. Tentang apa yang ada dalam beg tangan/purse seseorang tu. Katanya dari situ personaliti seseorang itu terpamer. Sumpahan akan berlaku jika tag berkenaan diabaikan.
Tapi hakikat sebenarnya, lelaki botak itu cemburukan aku. Walau macam mana pun, aku layan juga lah kehendaknya.
Ini beg tangan aku dan isi perutnya.
Beg comel dibeli di Lovely Lace. Isi dalamnya:
1. Purse - Mesti ada sebab dalam tu ada macam-macam
2. Payung - Sediakan payung sebelum hujan. Maklum la sekarang ni hujan turun tak menentu masa dan tempat
3. Handphone & Earphone - Handphone cokia saja.
4. 2 buah buku nota & pen - Satu untuk catat segala keluar masuk kewangan. Satu lagi untuk catatan lain sebagai contoh resepi.
5. Buku - Untuk bacaan ketika menunggu. Penantian itu satu penyiksaan. Jadi pilih membaca sebagai escapism. Sekarang ini dalam beg ada buku Kasut Biru Rubina.
6. 3 gugus kunci - Kunci rumah, kunci bilik pejabat, kunci kereta.
7. Sepaket tisu
8. Dompet zip dari Korea - Dalamnya ada Clorets dan 2 unit thumbdrive. Mana tahu nanti ada putera bawa kasut untuk cari calon isteri, clorets adalah penyelamat.
9. Uncang comel - Dalamnya berisi sheer gloss (Artistry), Lipstick (Maybelline) & Perfume Oil (Bodyshop)
10. Kotak cermin mata
11. Cokelat Snickers - untuk dikunyah ketika memandu
12. 3 paket garam ORS - Akhir-akhir ni perut aku kerap meragam.
OK. Habis sudah dengan apa yang ada dalam beg. Sekarang apa yang ada dalam purse pula.
Dompet Kulit Jenama Sembonia (tahun 2001) - dibeli dengan wang gaji bulan-bulan pertama kerja. Apa ada di dalam:
1. Wang Tunai - Tinggal RM18.49 sahaja. Semalam aku sudah belanja makan di restoran mahal dan pagi ni aku sudah bayar parking.
2. Kad Pengenalan & 2 keping lesen memandu - Satu lesen yang ada gambar. Dah tamat tempoh pun. Satu lagi yang akan tamat bulan depan
3. Kad Keahlian - Bonuslink, SOGO, Jaya Jusco, Uda Ocean dan Fotokem. Jangan terkejut kerana semuanya berkaitan dengan shopping. Ha ha ha.. Aku juga ada warranty card untuk barang jenama Carlo Rino.
4. Kad ATM - Maybank, Bank Islam dan RHB Bank beserta RHB DotCom Card untuk internet banking
5. Tiket - Pas Perjalanan Bas Intrakota. Ini aku simpan sebagai kenangan. Sekarang Intrakota sudah tidak wujud lagi. Juga 2 Keping tiket ke Menara KL.
6. Buku Alamat - yang tak pernah dikemaskini isinya
7. Dentyne
8. Pen
9. Sekeping plaster luka
10. Kalendar poket - Satu adalah kalendar tahun 2004. Kenapa masih disimpan aku pun tak pasti. Satu lagi adalah kalendar semasa tahun 2008.
11. Setem - Edisi tertentu. Sukan Sea XXI KL 2001 - RM0.30|Taiping 125 tahun (1874-1999) - RM0.50|Tapak Penghentak Pintu - RM0.30|Sambutan 50 tahun Hari Kanak-kanak Sedunia 2003 - RM0.20|16 keping setem RM0.03 gambar Merbah Beringin. Ini aku beli untuk hantar kad ucapan hari raya.
12. Gambar sendiri - 5 keping gambar ukuran pasport & filem. 1 keping gambar yang dipotong.
13. Penanda Buku - Dapat masa beli ubat gigi Mukmin. Ada hadis kat situ.
14. Boarding Pass - Bertarikh 26 Dis 2007 perjalanan KL - Langkawi
15. 2 keping tisu - mungkin perempuan tak boleh berenggang dengannya
16. Simkad Hotlink - Dah expired pun. Aku tak biasa pakai prepaid
17. Resit ATM - Keluar duit berjumlah RM1.4k dalam 4 resit berasingan. 2 resit deposit untuk duit KUTU dan 1 resit pindah wang kepada Amyz untuk gathering GJ tahun lepas
18. Kad Nama - Berita Harian-Shaidah Shafie, Dental Surgeon-Dr. M. Yunus, Tukang Jahit Wanita Lee Lee, A One Locksmith & Trading, Klinik Dr. Tan & Kedai Gas. Selain itu ada kad Ezham, Diman, & Zulhelmi. Kawan-kawan lain jangan berkecil hati ya. Kad nama anda disimpanan di tempat yang lebih selamat. he he he
19. Kertas - ada nombor telefon Azmi yang tak aku ingat siapakah dia. Ada juga kertas tertulis nombor akaun bank Indon untuk bibik boss lama aku. Satu keratan akhbar alamat sebuah restoran di Queen's Park Cheras
20. Resit - Pusat Kursus Perkahwinan. Resit membeli belah di SOGO, IKEA, Giant, Econsave dan Parkson Grand. Resit makan di KFC, Restoran Lemon, Rafflesia Chicken Hut, Secret Recipe & Pesona Food Court. Resit keputusan eye test.
Selepas dibongkar isi perutnya, baru aku sedar banyak juga sampah dan kertas tak berguna. Mungkin aku ini sentimental. Ketika entri ini ditaip, dompet aku sudah menipis. Sebahagian resit dan barang lampau yang tiada makna sudah di-tong-sampah-kan.
OK. Puas hati? Sekarang aku mahu tag 5 orang lain.
1. Pijah - jawab ye mama.. he he
2. Kimi - "Kenapa encik simpan mykid anak encik?"
3. Lan Rasso - Orang pemalu mesti banyak simpan rahsia
4. Suhail - Sorry akak tak tahu nak tag siapa lagi.. he he he..
5. Cik Daun - I tau U bz dengan persiapan kawin. I kesunyian sekarang ni.. ahaks
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
12 comments:
no girl can have enough bags...
Hahahhaha...kena beli beg lagi besar!
ohhh detailnya....
huhuhuh....kena buat eh???....ok ok saya buat. tp lepas saya abih cuti2 yer....ye ye esok cuti yey.....
Aku sudah buat.sila baca.hahahah.
Beg perempuan macam poket doreamon. Haha.
Owh. Aku lupa tambah..
Sesungguhnya aku kagum. Kerana for the 1st time ever, Nida menulis entri yang sangat panjang~~~
Waaaaa...
Tahniah.
Muahahahahaha.
BAYAN :
Setiap kali nak beli beg lagi besar, semua orang cakap tak sesuai dengan I yang comel ini.. he he he..
PJAH :
Detail ka? hik hik.. xde rahsia pun..
KIMI :
Dah baca. Aku ingat hang ada simpan gambar Siti Nurhaliza
AMYZ :
ha ha ha.. aku teringat masa lepak2 minum kat Bangsar ngan Pakcik Cik Daun duluuuu. Aku keluarkan sambal ikan bilis dari dalam handbeg. Semua org tekejut.
ooohhh.. entry panjang itu tidak akan kekal..
Penanda buku aku adalah label saiz 32 pada seluar jeans yang aku beli.
TOK R :
Tu nak bagitau dia pakai jeans saiz 32 la tu.
Maksud tersirat di sebalik ungkapan "aku lelaki berkahwin yang tidak boroi"
kad aku dlm dompet NidA?
EZHAM :
Ha ha ha.. kad niaga fotografi.
Weh apasal aku contact kau x dapat?
alamak tak pasal2 sy kena...arghh! (ndlm seminggu lg akak jengukla blog sy kasi tgk apa ada dlm wallet.. mesti hapak)
SUHAIL :
hik hik hik.. nak tau gak ada ada dalam wallet lawyer yang tgh bercuti..
Post a Comment