Monday, February 05, 2007

..::UNFORGETTABLE MOMENT?::..

Hujung minggu yang lepas aku ikut Cik Daun balik kampung..
Eh, kampung ke tu?
Boleh la kot dipanggil kampung sebab banyak nyamuk yang berkenan bertenggek kat kulit aku ni..hehehe

Best juga sebab aku dah lama sebenarnya tak pernah ikut mana-mana kawan aku balik kampung..
Aku tak la 'perak' sebab aku pun orang kampung yang jauh lebih kampung daripada kampung Cik Daun..

Tetamu di rumah Cik Daun akan dijamu dengan halwa yang diperbuat daripada buah asam gelugur sebagai appetizer kata mama Cik Daun.. Setelah di-paksa-rela, aku pun cuba.. Hahaha.. Boleh tahan gak la rasanya.. tapi ia x la membuatkan aku untuk menjamahnya lagi.. Disebabkan itu, aku telah berjaya memperdayakan Salina supaya menjamah halwa asam gelugur tuh sebelum mama ngan ayah Cik Daun suruh Salina rasa.. hahaha..

Pengalaman best, aku dapat belajar masak sambal tempe daripada orang Jawa tulen.. Dan makan malam berlaukkan sambal tempe tu sungguh membuatkan aku terharu sehingga suapan aku diiringi dengan titisan air mata.. Cik Easy dengan bangganya 'menghina' aku.. :(
Nanti aku nak ajak pulak Cik Daun dan Salina ikut aku balik kampung sebab aku dah pernah pegi tido rumah diaorang..
Baru la ada give n take.. kan?


So, percutian 2 hari 2 malam di rumah Cik Daun sungguh best..
Tanpa perlu modal yang banyak.. hahaha..

5 comments:

Cik Easy said...

kalau pedas...makan madu lebah..ha ha ha

Anonymous said...

huiii..asammm tuuuuu....tak mau makan daaahhhhh...ajid mungkin suka kot. hantu asam tuuuhhh.. :p

salina

madulebah said...

CIK EASY : Tapi kat rumah ko xde madu lebah yang boleh dimakan.. :p

SALINA : Hahaha.. sebenarnya rasa dia not bad la.. cuma ada mcm angin2 sikit..

Laa hantu asam ka pun dia tu?? mengidam ka?? hahaha

daun said...

aku nak ikut ko balik kampung jugakkk..

ahahaha.. mak aku mmg gitu.. dia takkan puas hati sampai la kawan aku rasa apa yang dia buat.. muahahaha

madulebah said...

DAUN : Oraits!! Jom ikut aku balik kg Raya Cina nih mau??