Monday, February 26, 2007

..::KECILNYA DUNIA NI::..

Semalam, aku pergi kenduri tahlil di rumah arwah bekas boss aku yang meninggal dunia sebab kemalangan minggu lepas.

Alhamdulillah, semuanya lancar.

Sebelum balik, aku ambil peluang untuk berjumpa dengan isteri arwah. Berbasi-basian saja. Nak cakap lebih-lebih nanti emosional pula.

Kemudian, aku bersalam dengan mak arwah. Sengaja bercakap menggunakan 'slang' utara. Mak arwah terkejut aku pandai cakap utara. Aku bagitahu la yang sebenarnya aku pun orang Parit Buntar. Mak arwah terkejut lagi dan terus tanya aku ni anak siapa.

Cerita-cerita, rupa-rupanya bapa arwah adalah kenalan arwah ayah aku masa sama-sama mengajar dulu. Mak dan bapa arwah pun kenal juga dengan kakak dan abang ipar aku.

Bapa arwah cerita yang dia tak tahu tentang kematian ayah aku.
Aku pula cerita masa arwah ayah aku meninggal, September tahun 2001, arwah la yang menjadi boss aku masa tu dan aku lah PAnya.

Kecil rasa dunia ni bila dipusing-pusing kita akan jumpa kaitan antara satu sama lain.
Cuma, kaitan ni hanya diketahui bila kedua-dua pihak telah tiada.

1 comments:

amyz! said...

wow! blog nida dah ada lagu. kagumnyaaaaaa...

dunia mmg kecil. kat opis aku ni, terjumpa lak sedara Melaka yg bau2 bacang. ;-)