Thursday, February 22, 2007

..::TAK TERNILAI::..

Lama benar tak update..

Mood cuti panjang sempena CNY masih menebal..
Keputusan last minute untuk balik kampung..
Lagipun lepas ni dah takde cuti yang panjang..
Berbaloi rasanya..
Habiskan sepenuh masa di rumah..
Lepak makan tidur sembang memang aktiviti yang seronok..

Bila diingat-ingat semula, dulu-dulu aku jarang balik kampung..
Terlalu taksub (mungkin) dengan kerja dan kerjaya..
Tak kira siang atau malam
Hari biasa atau hujung minggu
Kadang-kadang sampai abaikan hubungan dan tanggungjawab terhadap keluarga

Sebenarnya faktor usia dan kematangan banyak mempengaruhi pembawakan kita..
Masa muda fikir duit dan keseronokan saja..
Bila kita dah mencapai tahap umur-bukan-remaja-lagi
dengan kematangan yang sepatutnya secara automatik kita sedar
dan berfikir ada perkara yang lebih penting dalam hidup ini..

Apa lah sangat duit yang dibelanjakan untuk tol dan minyak kereta..
Apa lah sangat isi sampul yang kita hulur kat mak masa bersalam
Jika nak dibandingkan dengan jasa yang telah dicurahkan untuk besarkan kita berpuluh tahun ni..

Sesuatu yang tak ternilai..

Jadi rebutlah peluang sementara masih ada..

1 comments:

Anonymous said...

mujur la dah lepas dari bos yang terlalu gila dgn kerja..sekurang²nya masa yang dulunya hilang perlu digunakan sebaik²nya...mana la tau kot pasni ko bz lak ngan perkara yang lain... ;-)