Monday, April 30, 2012

..::KALAU NAK PINDAH RUMAH TAK PAYAH FIKIR BERAPA KILO NAK BAWA::..

Ini cerita tertunda.

Seminggu sebelum berlepas, saya agak stress menguruskan barang-barang yang nak dibawa. Perlu fikir keutamaan. Kalau nak ikutkan semua benda nak angkut. Packing masuk beg, timbang. Packing masuk barang dalam kotak, timbang. Macam Mr. Bean pun ada. Sampai hujung-hujung tu penimbang pun dah jadi pening.

Kakak saya kata itu belum packing barang nak pindah rumah.

Huh, bukan saya tak pernah pindah rumah. Pindah pejabat pun dah 3 - 4 kali. Kalau nak pindah rumah atau pejabat tak payah risau dan fikir berapa kilo kita nak bawa, 30 tan pun tak apa. Ini dengan bajet 40 kilogram, apa sangat yang boleh dibawa.

Dan, packing punya packing dengan beberapa kali punggah keluar masuk dari kotak ke dalam beg dan ke dalam beg yang lain, akhirnya alhamdulillah selesai. Selebihnya kami tawakkal saja.


2 kotak isi barang-barang kering yang tak berapa nak penting sangat dipos 2 hari awal. Eeerrr sebenarnya tak la barang kering sangat sebab dalam tu ada sekotak 20 biji telur masin yang akhirnya cuma 13 biji selamat.. Hu hu hu.. Apa-apa pun terima kasih Pos Malaysia sebab tak sampai 2 minggu barang dah selamat tiba.


Ini barang-barang yang dibawa pada hari kejadian. 2 beg besar dan 1 kotak kecil masuk kargo, 2 bag hand carry, 2 bag pack dan 1 stroller.

Masa check in baru tahu kami ada 50kg. 30kg dari suami dan 20kg dari saya. Dan rupa-rupanya barang kami 57kg, terlebih 7 kilo. Saranan saya suruh suami pergi ke kaunter yang dikendalikan oleh pegawai lelaki berbaloi bila pegawai tu tak kenakan cas pun untuk lebihan 7 kilo tu. He he he. Selain tu pegawai berkenaan bagi kami tempat duduk sebaris nak kosongkan tempat duduk tengah untuk Muhammad. Terima kasih sangat-sangat.

Dah selesai urusan daftar masuk, kami cari tempat duduk untuk tunggu kakak-kakak saya.

Tiba-tiba rasa dah panjang sangat taip. Ok lah kita sambung lain kali. Entry diakhiri dengan gambar Muhammad.






Sunday, April 29, 2012

..::KEK LOBAK MERAH::..

Saya teringin makan kek lobak merah. Kalau dulu bila teringin beli saja di Secret Recipe. Tapi sekarang, apa yang teringin semua kena buat sendiri. Itu pun kalau bahan yang diperlukan ada.

Saya cari resipi di internet. Sebenarnya saya jangkakan nak buatnya susah dan renyah sebab macam ada banyak bahan dalam tu. Rupa-rupanya sangkaan saya salah.

Maka bermulalah eksperimen yang pada peringkat awal hampir terkubur bila baca manual untuk microwave oven, tak ada function untuk baking pun.

Dan, ini lah hasilnya. Dalam masa 30 minit boleh siap semua. Saya gunakan function microwave + grill dan setting untuk masak pie.


Untuk percubaan kali pertama, dengan beberapa sesi iklan susu ibu, saya boleh katakan ia berjaya. Cuma nanti kena kurangkan masa membakar sebab saiz loyang kecil saja. Dan juri saya kata nanti dia nak cream cheese tu di tengah-tengah macam sandwich. Baiklah.

Jadi, tak ada alasan lagi.



Friday, April 27, 2012

..::10 LANGKAH::..

Pintu masuk, dapur, ruang keluarga, balcony, bilik tidur dan bilik air.

Dari satu tempat ke satu tempat yang lain pergerakan tak sampai pun 10 langkah.

Jadi, mana nak cari 10,000 langkah satu hari?

Thursday, April 26, 2012

..::MENGECUT::..

Baru seminggu jadi suri rumah sepenuh masa, semua seluar (yang saya bawa datang sini) dah mengecut.

Jadi, terpaksalah saya salahkan mesin basuh yang ada pengering tu.

..::LAPAR::..

Bila tidur awal, saya selalu terjaga tengah malam dan berasa lapar yang amat sangat.

Sekarang, saya bangun makan dan tak boleh tidur semula. Lalu curi masa lipat kain baju dan kemudian update blog.

Sebab tu semasa di Shah Alam saya selalu sediakan biskut dan air kosong di sebelah katil. Lepas kunyah-kunyah biskut boleh terus baring semula dan paksa tidur. He he he.

ok tata.

Wednesday, April 25, 2012

..::DISEKAT::..

Sebenarnya semalam, akaun Gmail saya ni disekat gara-gara tersalah masukkan tarikh lahir masa buat playlist di youtube.

Katanya ambil masa 3 - 5 hari bekerja untuk aktifkan semula akaun selepas saya hantar bukti yang saya bukan bawah umur yang ditetapkan. Tapi dalam tempoh 24 jam dah boleh akses.

Jadi tak perlu lah saya buat blog baru.

Thursday, April 19, 2012

..::EPISOD BARU::..

Dah lama tinggal blog. Memang rindu nak update, tapi kekangan masa jadi penghalang. Ya, ayat standard. He he

Alhamdulillah, saya dan keluarga selamat tiba di bumi Gajah Putih semalam jam 4.20 petang, waktu tempatan. Walaupun penerbangan cuma 2 jam, tapi ada sedikit jet lag sebab perbezaan waktu. Tak banyak pun cuma 1 jam berbeza. Tapi itu pun beri impak yang besar sebab rupa-rupanya bulan April ni waktu Subuh masuk jam 4.40 pagi ke atas dan matahari terbit jam 6.00 pagi. Terang menderang macam pukul 8.00pagi waktu Malaysia. Memang sedang cuba nak sesuaikan diri sebab kat Malaysia keluar pergi kerja jam 6.30pagi, masih gelap gelita.

Owh tiba-tiba saja kan, kot ada yang tak tahu cerita hujung pangkal, sebenarnya sekarang saya ambil cuti tanpa gaji mulai 1 April yang lepas. Tak lama pun dalam 6 bulan sehingga 30 Oktober 2012 yang akan datang. Saya ambil CTG sebab ikut suami yang diarahkan untuk bertugas di Bangkok. Jadi, hari ni secara rasminya bermulalah episod baru dalam kehidupan seharian saya, sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.

Ok, ni saya letak gambar di lapangan terbang semalam sebab gambar lain dalam camera. Gambar ni snap dengan netbook terus. ha ha. Terima kasih kakak-kakak saya dan anak-anak saudara yang datang menghantar. Dan sekaligus menceriakan suasana. Hati mana tak sebak. Masa nak tinggalkan rumah pun mata saya dah berkaca.




..::Piknik di KLIA::..



..::Kakak Maryam rajin tolong suapkan Muhammad (yang lapar) hehe::..


Sebenarnya sekarang Muhammad tengah tidur itu yang saya cepat-cepat curi masa update blog. Dah penat agaknya asyik berjalan saja aktivitinya. Bila tidur, memang macam pengsan.

Okey nanti saya update lagi. Sampai jumpa lagi.. Salam dari Bangkok.