Thursday, February 23, 2012

..::RUMAH VS KEDIAMAN::..

Suami di Bangkok. Dalam proses mencari tempat tinggal untuk bulan-bulan akan datang. Bersama keluarga. Sekarang sendirian, masih menjadi penghuni hotel.

Suami diberi 2 pilihan. Mengikut kadar sewa yang telah dipersetujui oleh pihak syarikat.

Pilihan 1
Kondominium 2 bilik. Dapur berasingan. Fully furnished. Keluasan yang selesa (lebih kurang sama macam apartment 3 bilik di Balakong). Unit sekarang disewa oleh rakan sekerja dari India yang akan pindah ke rumah lain hujung bulan ini. 1 daripada bilik telah dijadikan bilik sembahyang. Kawasan bandar. 5 minit berjalan kaki ke pejabat.

Pilihan 2
Kondominium 1 bilik. Dapur terbuka. Fully furnished. Untuk keluarga kecil kami, keluasannya dianggap selesa. Unit baru. Dimiliki oleh rakan sekerja berbangsa Thai, beragama Islam dan boleh bertutur bahasa Kelantan. Kawasan penempatan eksklusif. Berhadapan dengan masjid. Perlu menaiki BTS untuk ke pejabat.

Suami tanya pendapat saya. Walaupun sebenarnya sudah tahu apa jawapannya.

Dan, sebagai seorang ibu yang sedang membesarkan anak, di bumi yang begitu asing, pasti anda juga membuat pilihan seperti saya.

Thursday, February 16, 2012

..::KUARANTIN::..

Ingatkan nak ambil cuti sehari. Nak berehat.

Sebaliknya kena kuarantin pula seminggu.

Mungkin ini ketentuan Allah untuk saya bersiap sedia untuk menjadi seorang suri rumah untuk 7 bulan akan datang.

InsyaAllah.

Ok. Sebenarnya Muhammad disyaki terkena virus tangan, kaki dan mulut. Itu yang kena kuarantin. He he he. Saya pula dapat cuti percuma.

Wednesday, February 15, 2012

..::JUNIOR MASTERCHEF::..



Tuesday, February 14, 2012

..::RINDU #02::..

Walaupun kadang-kadang dia menguji kesabaran saya sehingga menitis air mata, namun saya tetap tak sabar mahu menjemputnya dari taska.



Dan, bila dia tak sabar mahu mengutip lampin untuk dibuang ke dalam bakul sampah, kemudian bertepuk tangan sambil tersenyum dan menyebut "pandainya", segala perasaan yang menghenyek sanubari saya hilang begitu saja.

Monday, February 13, 2012

..::RINDU #01::..

Makan tak lalu

Tidur tak lena

Sambil menangis sayu

Mahu berdukung sentiasa

..::SATU DUA TIGA::..

Satu
Sedang cuba untuk memuatkan kaki dalam kasut orang lain. Mungkin dapat masuk kerana kaki saya saiz 3 tetapi tetap tidak dapat melangkah dengan baik.

Dua
Bila berurusan dengan manusia yang ada hati dan perasaan, bayi terutamanya, hakikatnya tidak setiap hari ia akan lancar seperti yang kita harapkan

Tiga
Ia bukan tentang waktu anjal yang mana saya pilih. Ia tentang jam berapa saya keluar rumah kerana walaupun saya memilih waktu ketiga sekalipun, saya tetap perlu keluar sekitar jam 6.30pagi. Jika keluar jam 7.00 maka jam 9.30pagi lah saya akan sampai ke pejabat.

Friday, February 10, 2012

..::TOLONG INGATKAN AKU::..

Rutin berubah.

Menguruskan kehidupan anak beranak sendirian. Kadang-kadang jadi tunggang langgang. Sehinggakan saya selalu culas mengepam dan menyedari produksi mula menurun.

Tolong ingatkan saya. Ada beberapa bulan lagi harus dilengkapkan.

Friday, February 03, 2012

Untuk memiliki sesuatu, saya perlu lepaskan sesuatu.

Sekali lagi saya berada dalam dilema.

Sesuatu yang saya sangat mahukan. Sejak dari dulu lagi.

Namun, saya terpaksa lepaskannya buat masa ini.

Ada yang lebih penting perlu didahulukan.

InsyaAllah, jika sudah rezeki tak akan ke mana.

Doakan saya.

Wednesday, February 01, 2012

..::MACAM MANA DIA BUAT::..

Rentetan daripada gambar dalam entry sebelum ni. Dan yang pasti ada cerita di sebaliknya.

Itu gambar laci dresser yang dah terbalik. Terbalik sebab ada budak umur 15 bulan sedang giat meneroka segala yang ada di persekitarannya.



Macam mana Muhammad buat, saya sendiri tak pasti. Sedar-sedar sahaja sudah kedengaran bunyi 'gedegang!!' dan ada budak tergolek bawah laci sambil menangis.



Memang berderau darah saya bimbang Muhammad tersepit bawah kabinet tu. Sebab yang pasti kabinet tu sangat berat. Dan satu perkara yang buatkan saya rasa syukur sebab bahagian rak dengan cermin sudah kami pisahkan dan drill ke dinding. Tak boleh nak bayangkan jika ada kaca yang terlibat dalam kejadian ni.

Tapi, lepas dapat susu dan berhenti menangis, Muhammad kembali meneroka ruang yang dah terbuka luas di depan mata.



Haaaiihh.. Tak serik rupa-rupanya anak bujang ni.

..::BERDERAU DARAH SAYA!!!::..