Thursday, September 29, 2011

..::TENTANG MUHAMMAD::..

Saya mahu cerita tentang Muhammad.

Sejak minggu pertama Syawal, Muhammad mula batuk. Kemudian berkahak dan selesema. Bawa pergi klinik panel (swasta), doktor bagi ubat selesema dan ubat batuk. Dah habis minum, Alhamdulillah selesema mula kurang dan hampir sembuh. Batuk berkahak masih ada. Sampai ke hari ini.

Bila anak batuk ni, kita tak boleh nak jangka apa-apa. Contohnya tiba-tiba saja anak termuntah dalam kereta masa dalam perjalanan nak pergi beraya. Habis lencun baju anak dan baju mama. Paling sadis bila tiba-tiba masa tu mama tak bawak spare baju anak. Huk huk. Mama tak ada baju spare tak kisah pun. Pengalaman dan pengajaran.

Tadi, Muhammad muntah lagi. Atas katil. Walaupun sempat mama alas dengan selimut, dek kerana banyak, terkena juga cadar. Dan, sebelum ni banyak lagi siri kejadian dan boleh dikatakan purata sehari mesti ada 1 kali Muhammad akan muntah. Risau. Hari Sabtu cadang nak bawa pergi jumpa doktor pakar. Harap tak ada yang serius sebab setakat ni Muhammad tetap aktif bertatih. Baru nak dapat kaki katakan.



OK lah, sementara Muhammad tidur, saya nak sidai cucian yang kena muntah tadi. Tangguh nanti bila anak terjaga, langsung apa pun tak boleh buat. Daaa

4 comments:

Mommy Fara said...

Anak batuk kalau muntah, tak ada yg perlu dirisaukan. Sy lagi suka anak batuk pastu muntah. Sekurang-kurangnya, dia mampu keluarkan kahak dari dlm dada dia.

Ada kawan, anak batuk kahak tapi tak pandai nak muntah. Akhirnya terpaksa bawa jumpa pakar untuk sedut kahak gunakan mesin. Aduh! Seksa!

Nida Shaari said...

MOMMY FARA :
Tapi batuknya lama sangat la nak cecah sebulan dah. Tak pernah macam tu sebelum ni. Saja lah nak check he he

Selalunya muntah bila lepas menyusu. Habis keluar susu dengan segala benda yang dia makan.

Mya said...

cepat sembuh sayang :)

Nida Shaari said...

MYA :
Alhamdulillah hari ni dah tak dengar bunyi batuk kahak tu..