Tuesday, July 27, 2010

..::DAG DIG DUG::..

Itu bukan bunyi getaran jiwa yang berdangdut. Sebaliknya itu yang dirasakan setiap kali bayi dalam kandungan bergerak dan menendang.

Pergerakannya sampai berombak-ombak perut. Geli. Dan saya rasa kalau dirakam kemudian gunakan teknik slow motion, mesti nampak jelas.

Bayi ni giat bergerak terutama sekali bila waktu saya makan. Suka agaknya dapat makan. Kalau saya tengok TV pun dia bergerak-gerak juga. Alhamdulillah, waktu saya tidur, bayi pun saya rasa tidur juga sebab tak pula saya rasa pergerakannya. Eeerrr ke saya yang tidur mati? he he he..

Owh, bayi saya sudah mahu berkomunikasi dengan bapanya walaupun kadang-kadang masih main sembunyi-sembunyi :)

How time flies...

3 comments:

Amyz! said...

momen yg manis. :-)

Pnut said...

mesti leh rasa-rasa siku, lutut...dia.maklumlah perut hang pa kan kecik...hahah cam kami cari pun tak jumpa, lemak bertimbun

Nida Shaari said...

AMYZ
Wow!! Mommy Amyz komen kat blog auntie lah.. ha ha ha..

a'ah tiap kali dia gerak2 mesti aku rasa happy dan tatau apa perasaan ntah time tu

KAK PNUT :
scan kot perut nampak dak?? ka scan kot bawah?? hahaha.. kata lemak bertimbun kannnn :p