..::
TAK FAHAM BAHASA::..
Ada seorang makcik kat pejabat ni yang selalu menyusahkan hidup aku. Dia juga selalu menjadi penyebab orang lain mendapat bala.
Semalam aku dah tak tahan. Dalam email maklumbalas mesyuarat yang aku TOLONG buatkan, aku tulis nota:
"ni maklumbalas yang saya dah buat untuk meringankan beban kerja akak.. Terima kasih banyak-banyak"(ooh.. sungguh berbudi bahasanya aku)
Tak lama kemudian makcik tu telefon. Mungkin nak ucap terima kasih dan membodek-bodek aku. Maaf. Aku tak jawab sebab serabut kepala otak. Anggap la aku dah balik sejurus selepas email tu dihantar. Boss aku gelakkan aje bila aku jawab macam tu.
Pagi ni datang kerja, rutin biasa check email dulu. Nampak ada balasan daripada makcik tu.
"Memang betul Nida.. Terima kasih banyak-banyak meringankan beban tugas akak hari ini. Tak payah akak taip lagi... Dato' KP akan semak dulu.."Ya ampuuunnn.. Tidakkah kamu faham apa maksud ku wahai makcik?
Boleh tak jangan kacau hidup aku? Dah nak habis 8 bulan tak kan tak dapat ikut rentak lagi? Apa guna pengalaman kerja 23 tahun lebih tu? Selama lebih 5 tahun aku kat kerusi tu, dan selama setahun aku dok situ 'for free' je, ada aku kacau makcik? Ada ka aku kacau-kacau makcik suruh makcik atau boss makcik yang buat maklumbalas mesyuarat dengan alasan KP takde? Dan TOLOOOOONG la jangan bagi alasan bodoh "banyak surat masuk/keluar nak kena key in", "banyak called masuk", "ramai orang nak set appointment jumpa KP".
Banyak la cikadak makcik. Kalau nak bagi alasan macam tu kat orang yang baru lapor diri, mungkin la orang tu akan jadi tak tentu hala macam makcik sekarang. Jadi kelam kabut macam makcik sekarang. Jadi takut-takut macam makcik sekarang. Jadi benak macam makcik sekarang. Alasan tu tak akan dapat diterima oleh aku yang bukan setakat buat kerja rutin pejabat. Aku juga uruskan perkara-perkara peribadi seperti bayar bill, uruskan pengambilan bibik, hantar gaji bibik ke Indon, bayar duit kereta anak boss, belikan lipstik, maskara, celak kening, belikan tudung, kasut, henbeg boss, pilihkan batik sutera mana yang cantik, hantar dan ambil baju daripada tukang jahit dan macam-macam lagi yang makcik tak akan sanggup nak fikirkan kena buat.
Tolong lah jangan kacau aku. Aku lebih sakit jiwa layan perangai makcik ni daripada layan karenah boss besar yang sorang tu.