Tuesday, February 27, 2007

..::22 TAHUN DALAM 2 JAM::..

Walaupun bukan dengan berpakaian Yukata, geisha versi perempuan Melayu terakhir begitu setia mengipas Sensei yang berpeluh. Bukan hanya kerana bilik yang aircond lemah syahwat tetapi juga kerana di kelilingi 3 dara yang manja dan pandai mengusik.

Demi ilmu yang begitu berharga, 3 dara pingitan sanggup lakukan apa saja untuk Sensei.

Mujurlah kunjungan kedua Sensei sendirian. Jika bersama pembantu seperti kunjungan di pagi hari, pastinya pembantu yang masih muda akan menjadi rebutan gadis-gadis kipas.


Lagi Geisha :
Cik Daun - Kipas Susah Mati
Amyz - Sensei Yang Berpeluh

Monday, February 26, 2007

..::KECILNYA DUNIA NI::..

Semalam, aku pergi kenduri tahlil di rumah arwah bekas boss aku yang meninggal dunia sebab kemalangan minggu lepas.

Alhamdulillah, semuanya lancar.

Sebelum balik, aku ambil peluang untuk berjumpa dengan isteri arwah. Berbasi-basian saja. Nak cakap lebih-lebih nanti emosional pula.

Kemudian, aku bersalam dengan mak arwah. Sengaja bercakap menggunakan 'slang' utara. Mak arwah terkejut aku pandai cakap utara. Aku bagitahu la yang sebenarnya aku pun orang Parit Buntar. Mak arwah terkejut lagi dan terus tanya aku ni anak siapa.

Cerita-cerita, rupa-rupanya bapa arwah adalah kenalan arwah ayah aku masa sama-sama mengajar dulu. Mak dan bapa arwah pun kenal juga dengan kakak dan abang ipar aku.

Bapa arwah cerita yang dia tak tahu tentang kematian ayah aku.
Aku pula cerita masa arwah ayah aku meninggal, September tahun 2001, arwah la yang menjadi boss aku masa tu dan aku lah PAnya.

Kecil rasa dunia ni bila dipusing-pusing kita akan jumpa kaitan antara satu sama lain.
Cuma, kaitan ni hanya diketahui bila kedua-dua pihak telah tiada.

Friday, February 23, 2007

..::KOMITMEN::..

Kalaupun kita tak punya impian, tapi kita punya tanggungjawab untuk menunaikannya..

Thursday, February 22, 2007

..::TAK TERNILAI::..

Lama benar tak update..

Mood cuti panjang sempena CNY masih menebal..
Keputusan last minute untuk balik kampung..
Lagipun lepas ni dah takde cuti yang panjang..
Berbaloi rasanya..
Habiskan sepenuh masa di rumah..
Lepak makan tidur sembang memang aktiviti yang seronok..

Bila diingat-ingat semula, dulu-dulu aku jarang balik kampung..
Terlalu taksub (mungkin) dengan kerja dan kerjaya..
Tak kira siang atau malam
Hari biasa atau hujung minggu
Kadang-kadang sampai abaikan hubungan dan tanggungjawab terhadap keluarga

Sebenarnya faktor usia dan kematangan banyak mempengaruhi pembawakan kita..
Masa muda fikir duit dan keseronokan saja..
Bila kita dah mencapai tahap umur-bukan-remaja-lagi
dengan kematangan yang sepatutnya secara automatik kita sedar
dan berfikir ada perkara yang lebih penting dalam hidup ini..

Apa lah sangat duit yang dibelanjakan untuk tol dan minyak kereta..
Apa lah sangat isi sampul yang kita hulur kat mak masa bersalam
Jika nak dibandingkan dengan jasa yang telah dicurahkan untuk besarkan kita berpuluh tahun ni..

Sesuatu yang tak ternilai..

Jadi rebutlah peluang sementara masih ada..

Tuesday, February 13, 2007

..::PANGGILAN ILAHI::..

Awal pagi ni seluruh warga KEKKWA khususnya, bekas warga KBS, KKBS, KKKP, warga KPL amnya, juga mereka yang mengenali beliau terkejut dengan perkhabaran duka.. Namun berita dan gambar kejadian dalam akhbar menjadi bukti..

Dari suasana yang kita lihat di perkarangan hospital, orang ramai tidak putus-putus menziarahi jenazah, kita dapat tahu bagaimana arwah semasa hayatnya..

Kehilangan yang amat besar bagi kami..
Semoga perkara-perkara sebegini dapat dijadikan iktibar kepada kita yang masih bernafas di dunia ini..
Sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman..
Akhirat itulah yang kekal..

Al-Fatihah untuk Allahyarham Othman Ahmad..
Pengarah
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Selangor..
Semoga roh Allahyarham sentiasa dalam rahmatNya
dan di tempatkan dalam golongan mereka yang soleh..



* Aku pernah jadi PA arwah dari 16 April 2001 - 1 September 2002..

Wednesday, February 07, 2007

..::PANGGILAN::..

Awal bulan haritu ada 5 pegawai sambilan baru lapor diri..
Semalam, pegawai-pegawai baru tu dibawa ke sekeliling pejabat untuk diperkenalkan dengan kakitangan sedia ada..

"Ini Kak Nida, PA bla.. bla.. bla.."

Terang salah seorang daripada mereka yang sebelum ni pernah buat free-lance dengan kami..

Eh, kakak ke aku ni??
(Walaupun aku memang dah-tak-muda-sangat-lagi)

Setahu aku sorang daripada 3 lelaki yang lapor diri tu tahun kelahirannya sama dengan aku.. Yang perempuan tu aku rasa memang lebih muda..

Hmmm.. tapi tak mengapa lah..
Aku lebih rela dipanggil kakak daripada dipanggil PUAN..

Tuesday, February 06, 2007

..::DULU & KINI::..

Sejak pindah pejabat, aku sering dihujani perkhabaran dan pertanyaan daripada pihak2 yang selama ini berurusan dengan aku..

Kenapa itu? Kenapa ini? Macam mana tu? Macam mana ni? Tahu tak?
dan macam-macam soalan lagi yang timbul seolah-olah cuba menilai dan membandingkan 'pemerintahan' sekarang dengan 'era pemerintahan' aku selama 6 tahun sebelum ni..

Hahaha..

Jawapan aku:

"No komen.. saya tak nak komen lebih-lebih.. nanti orang salah tafsir.. Jadi kontroversi.. Lagipun tahun 2007 ni saya nak cuba kurangkan kontroversi.. InsyaAllah.."




* itu yang selayaknya kan?

Monday, February 05, 2007

..::UNFORGETTABLE MOMENT?::..

Hujung minggu yang lepas aku ikut Cik Daun balik kampung..
Eh, kampung ke tu?
Boleh la kot dipanggil kampung sebab banyak nyamuk yang berkenan bertenggek kat kulit aku ni..hehehe

Best juga sebab aku dah lama sebenarnya tak pernah ikut mana-mana kawan aku balik kampung..
Aku tak la 'perak' sebab aku pun orang kampung yang jauh lebih kampung daripada kampung Cik Daun..

Tetamu di rumah Cik Daun akan dijamu dengan halwa yang diperbuat daripada buah asam gelugur sebagai appetizer kata mama Cik Daun.. Setelah di-paksa-rela, aku pun cuba.. Hahaha.. Boleh tahan gak la rasanya.. tapi ia x la membuatkan aku untuk menjamahnya lagi.. Disebabkan itu, aku telah berjaya memperdayakan Salina supaya menjamah halwa asam gelugur tuh sebelum mama ngan ayah Cik Daun suruh Salina rasa.. hahaha..

Pengalaman best, aku dapat belajar masak sambal tempe daripada orang Jawa tulen.. Dan makan malam berlaukkan sambal tempe tu sungguh membuatkan aku terharu sehingga suapan aku diiringi dengan titisan air mata.. Cik Easy dengan bangganya 'menghina' aku.. :(
Nanti aku nak ajak pulak Cik Daun dan Salina ikut aku balik kampung sebab aku dah pernah pegi tido rumah diaorang..
Baru la ada give n take.. kan?


So, percutian 2 hari 2 malam di rumah Cik Daun sungguh best..
Tanpa perlu modal yang banyak.. hahaha..